Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Siapa nak mandi swimming pool? Kalau soalan keramat ni keluar pasti anak-anak sibuk main ke apa benda boleh terus berhenti untuk menjawab. Kalau yang tengah tidur pun boleh terjaga kalau tanya soalan keramat ni. Macam ada sesuatu je dengan mandi swimming pool atau kolam renang ni.
Seronok betul budak-budak atau anak-anak mandi kolam ni. Kekadang nak fikir pun tak boleh nak faham. Masa kita kecik pun sama. Main air je pun kan. Tenggelam timbul dalam air kan? Tolak sana. Tolak sini. Terjun sana. Terjun sini. Macam tu la semua budak-budak yang jumpa air ni.
Keluar sahaja dari pintu hotel Hilton KL menuju ke kolam renang di tingkat 8 hotel sudah membuat budak-budak sangat teruja. Malah saya sendiri pun boleh rasakan anak-anak punya keseronokan. Perasaan dia memang anda sendiri kena pergi rasa sendiri. Susah nak gambarkan melalui penulisan.
Hilton KL dan Le’ Meredian Hotel sebenarnya mereka berkongsi kolam renang. Kolam renang ini adalah sepanjang dari hujung ke hujung tingkat 8 bangunan hotel ini. Anda boleh bayangkan bertapa besarnya kolam renang hotel ini. Kalau satu hotel pun kolam dah besar. Bayangkan 2 hotel pula bergabung.
Kolam renang ini terbahagi kepada 3 bahagian secara amnya. Satu bahagian berhadapan dengan Hilton KL, satu berhadapan dengan Le’ Meredian hotel dan bahagian tengah. Setiap bahagian ada tarikan dan keunikannya masing-masing untuk memberi pengalaman yang berbeza kepada pengunjung.
Bagi saya, bahagian Hilton KL lebih kepada tempat untuk bertenang kerana kolam sebelah sini terdapat jakuzi dan banyak lazy chair untuk berehat. Banyak tempat yang redup-redup. Lagipun kawasan kolam kebanyakkan masa terlindung dari cahaya matahari.
Di bahagian tengah pula terdapat gelongsor untuk kanak-kanak. Tapi selalunya saya nampak dewasa juga yang naik gelongsor. Memang kita dengan air susah nak dipisahkan. Nak masuk malas. Tapi bila dah masuk memang kalahkan anak-anak semua. Terus jadi paling semangat nak temankan anak-anak.
Manakala bahagian depan Hotel Le’ Meridian pula terdapat kolam santai yang cetek. Memang sesuai sangat untuk kanak-kanak. Lebih kurang ala santai pantai konsep dia. Boleh kata kalau ada kanak-kanak kecik memang akan habiskan masa dekat kawasan ini sahaja.
Pernah sekali tu rasanya penuh dengan mak bapak sahaja dekat kawasan kolam ini sebab teman anak-anak bermain kawasan kolam ini. Lagi-lagi anak yang baru berumur 1 1/2-2 tahun memang seronok sangat main air dekat kolam sini. Tak perlu pakai pelampung kanak-kanak pun tidak apa. Memang kedalaman dia orang kata just nice untuk kanak-kanak.
Memang puas hati sangat kalau bawa anak-anak pergi mandi kolam dekat Hilton KL ni. Silap-silap memang anak-anak pengsan awal malam nanti. Boleh la ibubapa berehat dan sebagainya.
Leave a Reply