Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Yang menariknya Grand Hyatt KL ni terletak betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur. Banyak tempat yang boleh dilawati dengan mudah samada sendirian atau dengan keluarga. 3 tempat menarik yang saya ingin kongsikan ini yang mana anda tidak perlukan kenderaan untuk pergi pun.
Suria KLCC & Petronas Twin Tower
Suria KLCC antara pusat membeli belah yang paling hampir dengan Grand Hyatt KL. Ia disambung melalui jalan bawah tanah dari KL Convention Center yang betul-betul bersebelahan dengan Grand Hyatt. Perjalanan jalan kaki lebih kurang dalam 10 minit sahaja untuk sampai.
Jika anda ingat menikmati udara segar dan pemandangan, anda boleh gunakan laluan atas dari KL Convention Center. Anda boleh lalu melalui Taman KLCC. Ada jogging track dan untuk pejalan kaki dari KL Convention Center ke Suria KLCC. Saya lebih suka untuk jalan melalui Taman KLCC kerana rasa macam lebih dekat dan ada pemandangan.
Aquaria KLCC
Aquaria KLCC adalah antara salah satu tarikan yang terletak hanya bersebelahan dengan Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur. Dari pintu masuk hotel tidak sampai 5 minit jalan kaki anda sudah boleh sampai ke Aquaria KLCC. Memang sangat sesuai untuk bawa anak-anak ke sini. Pasti mereka seronok.
Ia buka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 8 malam. Harga tiket bagi dewasa RM69 seorang dan RM59 bagi kanak-kanak antara 3 hingga 12 tahun. Biasanya anda akan ambil masa lebih kurang 1 jam setengah hingga 2 jam untuk habiskan lawatan di dalam Aquaria KLCC ini.
Pavilion Kuala Lumpur
Ini juga antara pusat beli belah yang menarik sekitar Kuala Lumpur. Anda boleh gunakan laluan jejantas yang menghubungkan terus dari bawah hotel ke Pavilion Kuala Lumpur. Anggaran dalam 10-15 minit untuk jalan kaki dari hotel ke sana.
Di sini ada pelbagai tarikan untuk membeli belah, makanan dan juga hiburan. Hanya perlu sediakan duit sahaja kalau hendak ke sini dan anda sekeluarga pasti enjoy. Anda boleh pergi karaoke bersama keluarga atau tonton wayang.
Secara amnya lokasi Grand Hyatt Kuala Lumpur ini sangat strategik untuk anda hendak pegi ke mana-mana dengan berjalan kaki sahaja. Dia berada di tengah-tengah antara tempat tarikan di kawasan Kuala Lumpur dan Bukit Bintang.
Leave a Reply