Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mungkin anda tertanya jika menginap di Hilton KL apa yang tempat menarik untuk dilawati. Jika anda mempunyai masa terutama jika menginap di hujung minggu anda boleh menimbangkan beberapa tempat yang saya senaraikan di bawah untuk anda lawati kerana ia sangat dekat.
Muzium Negara
Anda boleh berjalan kaki sahaja daripada Hilton KL. Lebih kurang dalam 15 minit sahaja. Ia dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang. Anda boleh bawa keluarga sambil dapat tambah pengetahuan anak-anak sekali. Anda juga boleh menaiki kenderaan anda dan boleh parking bersebelahan dengan Muzium Negara.
Caj untuk parking hanya dalam RM3 untuk setiap jam. Manakala caj yang dikenakan untuk melawat Muzium Negara ialah RM2 untuk dewasa. Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun ia adalah percuma. Antara tarikan menarik ialah tinggalan yang dikenali sebagai Manusia Perak yang berusia lebih daripada 10,000 tahun yang dianggap penemuan terpenting di Malaysia.
Pasar Seni (Central Market)
Cara paling mudah untuk ke Pasar Seni dari Hilton KL ialah dengan menaiki Putra LRT dengan hanya satu hentian. Stesen Pasar Seni memang betul-betul keluar berhadapan dengan Pasar Seni.
Di sini anda boleh temui pelbagai barangan kraftangan. Jika anda seorang yang meminati seni sudah pasti anda tidak ingin melepaskan peluang untuk melawat Pasar Seni yang sangat berdekatan dengan Hilton KL. Ia juga menjadi tarikan pelancong asing kerana terdapat kepelbagaian seni dan kraftangan Malaysia.
Little India (Brickfield)
Kawasan Little India ini akan menjadi tumpuan ramai terutama menjelang perayaan Deepavali. Anda boleh dapat pelbagai barangan tradisi bangsa India, rempah ratus, bunga-bunga dan pakaian tradisi India terutama sari di sini. Pelbagai warna anda boleh dapati di sini.
Selain itu makanan tradisi india dan juga muzik Bollywood anda boleh jumpa di sini. Anda boleh berjalan kaki sahaja dari Hotel Hilton KL untuk ke kawasan Little India ini. Jika anda hendak menaiki kereta ia mungkin sukar untuk mencari kawasan letak kereta kerana biasanya ramai di kawasan ini.
Harap perkongsian saya di atas serba sedikit dapat membantu anda untuk merancang aktiviti dan perjalanan anda sepanjang tempoh anda berada di Hilton KL. Selamat bercuti.
Leave a Reply