Baru satu hari di rumah pun rasa macam panjang je lagi nak tunggu sampai 31hb Mac nanti. Satu hari melepek depan tv je pun bosankan. Macam mana nak harung 13 hari lagi sebelum tamat tempoh larangan ini.
Mari saya kongsikan beberapa idea atau aktiviti yang mungkin anda boleh lakukan sepanjang tempoh kuarantin atau perintah kawalan pergerakan di rumah.
Ubah suai rumah
Mungkin sekian lama anda duduk di rumah yang sama je kan? Mungkin dah bosan dengan susunan perabot di rumah. Gunakan masa anda yang ada ini untuk ubai suai susunan perabot di rumah.
Mungkin ia mengambil masa lebih dari 1 hari tapi tidak mengapa sebab anda masih ada 13 hari lagi dirumah masing-masing. Ambil la masa untuk bagi anda puas hati. Anda juga boleh ajak anak-anak sekali untuk bantu ubah suai rumah.
Bersihkan Rumah
Daripada duduk sahaja depan tv ada baik juga anda bersihkan secara besar-besaran. Masa inilah anda boleh ajak sekeluarga untuk bantu. Bersihkan secara menyeluruh. Lagi pun dah dekat puasa dan raya kan. Boleh la serba sedikit bantu dan tidak la perlu beria sangat nanti bila nak raya.
Barangan yang tidak digunakan
Dalam pada masa anda berkemas itu anda juga boleh kumpulkan sekali barangan yang sudah tidak digunakan lagi. Anda boleh kumpulkan untuk ada recycle boleh. Untuk bagi dekat golongan yang memerlukan pun boleh. Anda ada banyak masa untuk asing-asingkan.
Anda jangan terkejut sebenarnya banyak barang yang kita tidak gunakan di dalam rumah kita. Silap-silap ada pakaian yang tidak pernah digunakan pun. Boleh la jual sebagai pre-love kalau memang anda tidak lagi mahukan atau tidak akan pakai.
Board Game
Anda juga boleh gunakan masa yang ada untuk bersama melakukan aktiviti sekeluarga seperti bermain board game. Biasanya board game mengambil masa. Sambil itu juga dapat merapatkan hubungan sesama keluarga. Selain itu juga kebanyakkan board game memerlukan anda berfikir tentang strategi dan sebagainya dan ia dapat menajamkan pemikiran anak-anak anda.
Homeschool
Anak-anak anda pasti akan bosan apabila terlampau lama tidak berbuat apa-apa di rumah. Anda boleh sibukkan mereka dengan beberapa kelas atau pembelajaran interaktif online yang ada sekarang. Ada banyak laman web yang berikan secara percuma sebenarnya.
Tidaklah dia orang bosan. Ada benda yang mereka boleh buat. Bagi mereka satu pengalaman yang berlainan daripada apa yang mereka belajar di sekolah. Sekurang-kurangnya mereka dapat pendedahan baru. Laman web yang anda boleh cuba seperti dibawah:
– BrainPop
– Curiosity Stream
– Tynker
– Outschool
– Udemy
– Beast Academy (Math)
– Khan Academy
– Creative Bug
Harap perkongsian saya di atas dapat membantu dan memberi idea pada anda semua untuk lakukan aktviti bersama-sama keluarga sepanjang tempoh 14 hari ini. Saya doakan semua sentiasa selamat dan dijauhkan dari virus Covid19.
Terima kasih for the suggestion! 😊
vitaminayu recently posted…Tips Asas Ibu Mengandung – Cabaran Ketika Hamil