Terdapat pelbagai cara dan corak kepimpinan dalam kehidupan seharian kita. Ada yang anda suka. Ada yang anda kagum dan ada yang anda kurang gemar. Dalam kepimpinan belum tentu anda dapat puas kan atau menang semua pihak yang anda pimpin. Ini memang sudah menjadi lumrah dalam kepimpinan.
Jika anda cuba untuk puaskan hati semua pihak sudah pasti anda banyak menggunakan masa dan tenaga untuk selesaikan semua diatas. Di satu tahap anda akan perasan yang anda tidak ke mana. Tempat yang ditujui atau misi anda dan kumpulan masih belum tercapai kerana terlalu sibuk memenangi semua pihak dan bukan untuk pimpin ke tahap yang lebih baik.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 5 tahap atau peringkat kepimpinan yang saya dapat dari salah seorang tokoh John C Maxwell mengenai peringkat kepimpinan yang kita sering lihat di sekeliling dan seharian.
Kedudukan (Position)
Ini merupakan tahap pertama dalam peringkat kepimpinan. Kebanyakkan biasanya memang akan sampai tahap ini sebagai permulaan. Orang yang dipimpin dengar dan ikut anda kerana kedudukan anda sebagai seorang pemimpin. Boleh jadi anda sebagai ketua jabatan dan ada beberapa anak buat di bawah anda pada ketika ini dan mereka hanya mengikut arahan anda.
Atau anda sebagai bos semua di bawah anda akan ikut sahaja arahan yang anda berikan untuk capai sesuatu. Ia lebih berkait rapat dengan hak untuk dapatkan tempat dalam kepimpinan.
Kebenaran (Permission)
Pada peringkat kedua peringkat kepimpinan, orang mengikut anda kerana kehendak mereka. Bukan kerana terpaksa ikut anda atau terpaksa menerima arahan anda. Mereka ikut anda kerana mereka percaya pada anda dan ingin ikut kepimpinan anda. Kiranya anda sudah ada pengikut pada peringkat ini.
Pengeluaran (Production)
Di peringkat ketiga kepimpinan pula, anda dapat pengikut kerana kejayaan yang anda telah kecapi. Ramai yang dalam kumpulan pimpinan anda mula merasai kejayaan demi kejayaan. Semakin banyak kejayaan, semakin ramai yang ingin mengikut anda, semakin ramai yang kagumi anda.
Walau bagaimana pun, ramai pemimpin yang tersangkut pada tahap ini dalam peringkat kepimpinan. Anda memerlukan pertumbuhan yang lebih besar untuk capai ke peringkat kepimpinan yang seterusnya.
Pembangunan manusia (People Development)
Pada peringkat ini pengikut anda mula ikut dan taat pada anda kerana apa yang anda telah lakukan untuk mereka. Apa yang anda telah beri mereka. Apa yang anda telah bantu mereka untuk capai kejayaan demi kejayaan. Boleh katakan di peringkat ini anda di peringkat ‘reproduction’. Anda duplikasi kejayaan anda kepada orang lain.
Puncak (Pinnacle)
Ini merupakan tahap tertinggi dalam peringkat kepimpinan yang ada. Orang ikut anda kerana mereka hormati anda dan apa yang anda wakili. Pengikut ikut anda kerana nilai yang anda boleh beri kepada kumpulan dalam kepimpinan anda. Nilai ini lebih dari wang ringgit. Nilai ini sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Ini secara ringkas tentang 5 peringkat kepimpinan yang saya boleh kongsikan dengan anda. Harap ia serba sedikit dapat membantu anda dalam mencari nilai kepimpinan anda. Boleh juga hubungi saya untuk tahu lebih lanjut atau berbincang mengenai kepimpinan. Selamat mencari ilmu.
Leave a Reply