Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ini saya ingin berkongsi 5 skil yang penting dalam membina perniagaan anda bagi saya. Mungkin ada yang bersetuju. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya.
Bagi saya 5 skil ini sangat penting bagi seseorang usahawan perlu ada untuk membina perniagaan mereka. Jangan risau skil ini anda boleh belajar. Tidak semestinya anda perlu mulut manis untuk berjaya.
Mari kita lihat skil yang anda perlukan untuk membina perniagaan anda.
Skil Marketing
Marketing atau erti kata lain adalah skil untuk memasarkan produk yang anda ingin bina dalam perniagaan anda. Ada banyak cara dan strategi untuk pasarkan produk masing-masing.
Tidak semestinya dengan harga murah atau promo sahaja untuk pasarkan produk masing-masing. Ada pelbagai channel atau medium untuk pasarkan produk anda dan setiap medium ada caranya dan strateginya tersendiri.
Skil Closing
Sebagai usahawan anda juga perlu mahir dalam skil closing. Tidak ada usahawan yang tidak tahu menjual atau close sales. Jantung perniagaan adalah membuat jualan. Jika tidak ada jualan bagaimana hendak berniaga.
Mana nak datang keuntungannya jika bukan daripada membuat jualan bukan? Teknik closing pun ada pelbagai cara. Anda hanya perlu banyak membuat latihan untuk pertajamkan skil closing anda.
Skil Branding
Branding atau membina jenama sangat penting supaya orang ramai sentiasa akan ingat akan perniagaan anda. Penting supaya orang ramai tidak memilih jenama lain.
Perniagaan seperti Mcdonald dan pelbagai jenama besar lain sehingga sekarang masih lagi membuat marketing dan bina jenama mereka untuk kekal relevan dalam pasaran. Inikan pula kita yang baru hendak memulakan perniagaan.
Skil Bina Team
Dalam perniagaan jika anda hendak pergi jauh anda tidak boleh buat seorang. Anda perlu ada pasukan untuk uruskan perniagaan anda. Anda akan keletihan dan akan cepat putus asa jika buat seorang.
Anda juga perlu bina rangkaian network untuk bantu anda membina perniagaan anda. Kena bergaul dan berkawan dengan orang baru. Sentiasa cari network baru untuk kembangkan perniagaan anda.
Skil Mengajar
Dalam membina perniagaan anda juga perlu ada skil mengajar. Ini sangat penting untuk membantu pasukan anda untuk lebih mahir dalam apa jua tugasan mereka.
Anda juga perlu kuasai kemahiran public speaking supaya memudahkan untuk kendali perniagaan anda. Anda boleh gunakan pelbagai platform seperti video, presentation atau mesyuarat untuk sampaikan mesej yang berimpak besar.
Saya harap perkongsian saya diatas serba sedikit dapat membantu anda dalam membina perniagaan anda. Selamat maju jaya.
Leave a Reply