Ramai yang kata menjual ni kena mulut manis la, kena cantik atau handsome baru barang laku la, sebab memang dilahirkan sebagai jurujual la dan macam-macam lagi. Percaya atau tidak, menjual adalah satu-satunya kemahiran yang semua orang boleh belajar termasuk “closing” jualan.
Umpama jika anda boleh memandu kereta, anda boleh sebenarnya mampu dan boleh belajar untuk membuat jualan. Hari ni saya akan berkongsi bagaimana dan persediaan untuk anda membuat jualan.
#1
Anda mesti bersemangat, positif dan betul-betul hendak membuat jualan. Anda dah bayangkan yang temujanji anda itu akan berakhir anda pulang dengan jualan di dalam tangan anda.
Emosi atau aura positif yang anda bawa akan memberi kesan kepada bakal pelanggan yang anda jumpa. Jadi pastikan emosi dan semangat anda berada di tahap yang sepatutnya.
#2
Kenali keperluan bakal pelanggan. Anda perlu tahu apa yang bakal pelanggan anda perlukan. Anda hanya perlu bertanya dengan bakal pelanggan anda dengan beberapa siri soalan.
Siri soalan ini anda boleh sediakan yang menjurus kepada “fact-finding”. Anda boleh gunakan cara “survey” juga untuk mendapatkan keperluan pelanggan.
#3
Bakal pelanggan perlu tahu dan faham apa yang anda ingin tawarkan. Bakal pelanggan perlu faham tentang produk dan servis.
Percaya atau tidak pada kebiasaannya bakal pelanggan tidak faham apa yang ditawarkan. Kebiasaanya bakal pelanggan hanya ingat pasal harga sahaja tetapi bukan nilai.
#4
Anda perlu dapatkan kepercayaan dari bakal pelanggan dengan secepat mungkin. Pastikan bakal pelanggan selesa dengan anda. Pastikan anda berkawan dengan anda.
Apabila kita dah berkawan dan dapatkan kepercayaan, proses membuat jualan akan menjadi singkat dan lebih mudah.
#5
Pastikan bakal pelanggan anda ada perasaan dan kemahuan untuk menggunakan produk atau servis yang ditawarkan. Bagi bakal pelanggan ada rasa seronok. Kalau dapat bakal pelanggan boleh sampai terbayang dan rasa tu paling terbaik.
Bukan anda yang rasa pelanggan perlu produk atau servis anda. Bakal pelanggan yang perlu rasa itu.
#6
Produk atau servis yang dijual mestilah sesuai dengan keperluan pelanggan dan didalam kemampuan untuk bakal pelanggan bayar. Ini juga anda boleh dapat menerusi “fact-finding” #2 yang saya terangkan.
Dari pengalaman dan buat berulang kali, lama kelamaan anda akan dapat fahami proses di atas dengan lebih jelas dan lebih lancar. Kadar jualan anda juga akan meningkat.
Cukup sampai di sini untuk kali ini. Harap 6 tip di atas ini serba sedikit untuk membantu anda dalam membuat persiapan dan jualan. Selamat menjual.
Leave a Reply