Tisu basah atau lebih dikenali dengan panggilan ‘wet tissue’ sangat sinonim dengan golongan perempuan. Lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil. Banyak sangat kegunaan tisu basah ini terutamanya pada masa-masa kecemasan.
Lazimnya tisu basah digunakan untuk menukar lampin pakai buang bayi apabila tiada sumber air. Contohnya didalam kereta dan beberapa keadaan yang terdesak. Ada kalanya perlukan banyak.
Selain itu juga tisu basah boleh digunakan untuk membersihkan kotoran makanan anak-anak atau mengelap tangan anak-anak selepas makan. Secara tidak langsung kita melatih mereka erti kebersihan.
Bagi kaum-kaum ibu pula, tisu basah juga boleh digunakan untuk membuang make-up sebelum mengambil wudhu selain membersihkan kotoron jika terkena pada pakaian mereka.
Secara kesimpulannya, tisu basah ini wajib ada di dalam jika kita keluar bersama anak-anak kita. Kita tidak akan tahu bertapa berharganya tisu basah apabila dalam kecemasan. Percayalah, ia sangat membantu.
I Love This Post, Thank You Share With Us.