Susah kan nak buat pilihan apabila macam-macam tawaran dan iklan di mana-mana ada? Setiap kali nak pergi bercuti nak pilih hotel memang kita akan pening. Nak mencari yang sesuai dengan kita. Mana yang lebih bagus?
Nak cari yang sesuai dengan budget kita lagi lah pening. Ada yang dekat dengan tempat kita nak pergi bercuti tapi mahal pula. Ambil hotel yang jauh nanti banyak pula bazir masa dalam perjalanan.
Hari ni saya nak berkongsi sedikit dengan anda semua apa yang saya baru temui semasa saya tengah buat perbandingan harga antara Agoda dengan Trivago.
Saya rasa memang 2 platform ini yang paling ramai gunakan di Malaysia. Saya baru-baru ini bercadang untuk bercuti bersama keluarga ke Gambang, Pahang. Pilihan saya ialah Mangala Resort & Spa.
Di carian Agoda saya secara terus saya dapat tawaran sebanyak 52% diskaun untuk jenis bilik yang saya inginkan. Saya memilih bilik Amani Pool Villa untuk 2 malam yang jumlah keseluruhanya menjadi RM1,825.
Saya mula membuat perbandingan menggunakan Trivago pula. Trivago dia mengumpulkan semua site booking yang menawarkan pilihan hotel pilihan kita. Jadi senang nak buat perbandingan.
Kalau tengok dalam senarai di atas Agoda juga tersenarai. Saya pilih Agoda dan yang mengejutkan saya ialah tawaran diskaunnya lebih tinggi berbanding Agoda terus. Saya dapat 57% diskaun jika menggunakan Trivago untuk ke Agoda. Untuk bilik yang sama saya dapat RM1,667.96.
Saya ingat saya dah dapat tawaran yang sangat menarik. Banyak juga beza antara 2 harga di atas ini. Tetiba saya tergerak hati untuk minta isteri saya periksa harga di Agoda menggunakan akaunnya pula.
Isteri saya dapat tawaran 58% diskaun. 1% lebih dari apa yang saya dapat. Jumlah harga menjadi RM1,617.52 jika menggunakan akaun isteri saya untuk membuat tempahan bilik.
Tanpa fikir panjang saya terus gunakan akaun isteri saya untuk membuat tempahan bilik untuk percutian sekeluarga kami. Dapat jimat lebih dari RM200 untuk bilik dan hotel yang sama.
Boleh katakan perancangan last minute juga percutian kami kali ini. Nantikan perkongsian saya untuk pengalaman bercuti di Mangala Resort & Spa ini. Sampai di lobby sahaja pun dah terpesona. Sampai bilik lagi la kan.
Leave a Reply