Sebelum sampai ke Mangala Resort & Spa ni memang isteri dah siap tanya apa nak buat kat sana untuk 2 hari ni. Tak kan nak mandi pool je kan? Nak juga buat aktiviti lain. Jalan-jalan ke kan. Siap dah terfikir nak pergi Gambang Water Park lagi masa tu.
Sampai sahaja di Mangala Resort & Spa, selepas selesai check in kami di bawa oleh staff di sana untuk ke bilik kami. Buggy di sediakan untuk semua tetamu kerana biliknya agak jauh dari lobby.
Semasa dalam perjalanan ke bilik, staff Mangala pun memberi penerangan ringkas tentang Mangala Resort & Spa dan juga aktiviti-aktiviti yang disediakan. Untuk perhentian pertama, kami lihat banyak basikal pelbagai saiz. Semua tetamu boleh menggunakan basikal secara percuma sepanjang penginapan di sini. Hanya perlu hantar balik ke station basikal selepas menggunakan sahaja. Menarik kan?
Punya seronok sampai terlupa nak ambil gambar dengan basikal-basikal yang disediakan. Dari dewasa sampai ke kanak-kanak ada. Basikal untuk 2 penunggang pun ada. Untuk kanak-kanak siap ada yang 4 roda.
Perhentian kedua, staff tunjukkan kami public pool untuk semua dan juga gym yang boleh digunakan sepanjang di Mangala Resort. Kedua-dua tempat ni pemandangannya menghadap tasik serta pokok-pokok. Rasa tenang sangat.
Perhentian ketiga pula adalah recreational area. Dekat sini ada aktiviti kayak dan memanah. Agak jauh juga dari bilik kami. Memang perlukan basikal atau buggy untuk ke sana. Disebabkan kami sampai agak lewat kami terus ke bilik untuk layan mandi pool sahaja.
Sampai sahaja di bilik baru kami dapat tahu yang semua aktiviti disediakan di dalam kawasan Mangala adalah percuma. Ini kali pertama yang menginap di hotel yang tawarkan aktiviti secara percuma. Biasanya akan ada bayaran. Terus kami rancang untuk pergi pagi esok selepas sarapan pagi.
Pagi esok selepas sarapan sahaja terus kami ambil buggy untuk pergi ke recreational area untuk lihat apa yang kami boleh lakukan. Aktiviti ini bermula 10pagi sehingga 12pm dan sesi petang pula dari pukul 4pm hingga 6pm sahaja.
Untuk pertama kami mencuba paddle boat. Seronok anak-anak saya sebab kali pertama naik paddle boat. Nak cuba kayak risau pula terbalik dengan anak kan. Jadi paddle boat ni agak selamat untuk kami berempat sekali naik.
Dah la percuma. Tiada had masa pula tu kalau kami nak pakai. Cuma pesanan dari pekerja di situ kalau lihat ramai sangat menunggu tu kita patah la balik untuk bagi peluang dekat tetamu lain. Percuma kan? Kena lah berkongsi-kongsi sikit.
Jauh juga kami layan paddle boat tu. Habis pusing satu tasik dekat kawasan itu. Pada awalnya agak sukar nak kawal sebab tidak biasa kan. Tapi dah sampai tengah tu dah mula biasa dan senang untuk kawal.
Selesai paddle boat, kami layan memanah pula. Ini pun percuma. Main la sampai tak larat. Ingatkan senang mulanya. Tapi memang sangat menguji kekuatan sebenarnya untuk tarik tali busur. Disediakan 2 jenis busur, satu untuk dewasa dan satu untuk kanak-kanak.
Anak saya punya la seronok dapat memanah. Selesai sesi pagi. Sesi petang pun dia ajak lagi untuk pergi memanah. Tak cukup dengan tu. Esok pagi selepas sarapan dia ajak lagi untuk pergi memanah. Boleh tahan gak dia memanah. Masuk sesi ketiga boleh kata hampir semua panah mengena sasaran.
Macam nak hantar dia kelas memanah pun ada juga. Sebab nampak minat dia untuk memanah. Belum pernah lagi dia yang ajak untuk buat aktiviti. Biasa setakat mandi pool je.
Bagi saya sepanjang tempoh 3 hari 2 malam di Mangala Resort & Spa ini, kami sekeluarga sangat seronok dengan aktiviti yang disediakan. Dengan layanan yang diberikan kepada kami. Memang ada plan untuk datang lagi. Anda boleh cuba Mangala Resort & Spa jika anda mencari satu kelainan untuk bawa keluarga anda untuk bercuti.
Mana tahu lepas ni boleh cuba Spa dia pulakan. Dengan aktiviti yang disediakan pun tidak sempat nak cuba Spa dia hari tu. Anak-anak dah sibuk nak mandi pool je kan.
Leave a Reply