Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Tahukah anda YouTube adalah search engine kedua yang paling ramai manusia gunakan di dunia selepas Google. YouTube ini pun adalah sebahagian dari Google juga. Setiap hari ada lebih kurang 30,000,000 (30 Juta) manusia yang menggunakannya. Setiap hari tau. Bukan setiap bulan atau setiap tahun.
Lebih kurang 5 billion video yang ditonton setiap hari di YouTube. Jadi bayangkan bertapa besarnya pengaruh YouTube ini. Saya pasti ada diantara anda yang anak-anaknya pun setiap hari akan membuka YouTube untuk menonton kartun kegemaran mereka.
Dalam pada ramai-ramai yang menggunakan perkhidmatan YouTube ini selain menonton, tidak ramai yang tahu sebenarnya YouTube sebenarnya membayar kepada pembuat-pembuat video ini dengan jumlah yang sangat besar sebenarnya. Bergantung pada popularity seharusnya.
Mari kita lihat satu video YouTube dibawah berapa pendapatan YouTubers di Malaysia:
Menarik bukan? Jadi persoalannya ialah bagaimana untuk memulakan untuk menjana pendapatan dari YouTube ini? Syarat utama untuk membolehkan atau melayakkan anda untuk menjana pendapatan dari YouTube adalah anda perlu ada 1,000 subscribers dan 4,000 minit masa tontonan.
Jika anda menepati kedua-dua syarat ini baru anda boleh link kan account YouTube anda dengan Adsense. Ini yang akan digunakan untuk membuat bayaran kepada anda. Dekat YouTube ni nanti nak buat video apa? Ada orang tengok ke nanti? Macam mana nak promote video kat YouTube?
Ramai yang risau apabila dah sampai ke peringkat ini. Sebenarnya macam-macam video yang anda boleh hasilkan untuk tontonan ramai. Jom kita tengok satu contoh video kat YouTube yang mempunyai jutaan view.
Siapa sangka video YouTube seperti di atas pun boleh mencapai jutaan view. Anda tidak perlu risau. Pasti akan ada yang menonton video anda apabila diletakkan di YouTube. Yang penting anda kena letak video itu sebagai Public. Jangan private kan nanti orang tidak boleh jumpa video anda.
Saya pun masih baru lagi di arena YouTube. Masih belajar lagi. Kalau ada pembaca yang hendak berkongsi tips atau input di ruang komen di bawah sangat dialu-alukan. Boleh sama-sama dengan pembaca lain untuk belajar. Jangan lupa subscribe video/channel saya di bawah ni ya.
Leave a Reply