• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Sembang Kuat

  • Home
  • Kenali Azhar
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Azhar
You are here: Home / Bercuti / Berapa lama waktu transit penerbangan yang ideal?

Berapa lama waktu transit penerbangan yang ideal?

8 November 2019 by azhar Leave a Comment

Kerap kali kalau ada flight yang kita tempah untuk pergi bercuti atau bekerja menjadi tanda tanya. Ada yang kata sejam pun cukup. Ada yang kata 3 jam baru cukup. Jadi berapa lama waktu transit kapal terbang yang sesuai.

Berapa lama transit penerbangan yang sesuai
Gambar hiasan.

Jawapannya ialah bergantung pada destinasi yang anda nak sampai dan di lapangan terbang mana yang anda akan transit. Ini sangat penting untuk merancang jadual penerbangan anda. Ia juga bergantung pada dengan siapa yang bersama anda.

Ini antara faktor yang anda perlu ambil kira sebelum membuat sebarang tempahan penerbangan. Jika anda bersama keluarga dan anak-anak kecik pastikan ada lebihan 1-2 jam untuk beri masa dan menyiapkan mereka. Kurang-kurang mereka dapat bermain dan berlari sikit.

Lapangan terbang yang besar juga anda perlu ambil kira kerana anda perlu ambil masa untuk berjalan dari pintu mendarat ke pintu untuk penerbangan anda yang lagi satu. Saya pernah ngam-ngam sampai kat pintu penerbangan lagi satu walaupun saya sudah ambil 2 jam transit.

bangan bergantung anda bergantung pada destinasi, lapangan terbang dan dengan siapa anda bersama.
Jadual penerbangan bergantung anda bergantung pada destinasi, lapangan terbang dan dengan siapa anda bersama.

Terutama bagi mereka yang ambil penerbangan ke Amerika Syarikat, pastikan anda ambil masa transit minimum 2-3 jam sebelum penerbangan seterusnya. Ini disebabkan pemeriksaan ketat keselamatan di mana-mana lapanganan terbang yang menghubungkan penerbangan ke Amerika Syarikat.

Sebagai contoh Lapangan Terbang Hong Kong, dari satu ke satu pintu lain sangat jauh. Kadang-kadang mengambil masa 30-40 minit hanya untuk berjalan. Ini tidak termasuk pemeriksaan keselamatan lagi. Belum lagi nak pergi ke tandas atau makan lagi. Dah la besar. Kena pintu flight hujung ke hujung berpeluh gak nak berjalan.

Berbanding dengan lapangan terbang Taipei pintu penerbangan antarabangsa dan transit semua berdekatan. Kedai makan dan tempat berehat pun semua berdekatan dengan pintu pelepasan antarabangsa.

Lapangan terbang yang besar biasanya perlukan masa yang lebih untuk anda berjalan dari satu pintu ke pintu seterusnya.
Lapangan terbang yang besar biasanya perlukan masa yang lebih untuk anda berjalan dari satu pintu ke pintu seterusnya.

Kalau anda mengambil penerbangan ke Eropah pula, biasanya ramai yang akan transit di Timur Tengah seperti Dubai, Abu Dhabi atau Doha. Biasanya transit di sini lebih 3-4 jam sebab sambungan penerbangan biasanya lama. Tapi pastikan anda periksa masa penerbangan anda.

Anda juga boleh ambil kira jika ada penerbangan anda terlewat. Adalah lebih baik jika kita buat lebihan masa berbanding kita terkejar-kejar untuk penerbangan seterusnya. Anda juga boleh periksa apa yang ada di lapangan terbang seperti kedai makanan halal atau pun taman permainan kanak-kanak jika anda ada banyak masa.

Sekian perkongsian saya pada kali ini. Jika anda perlukan info tambahan boleh hubungi saya di komen atau laman hubungi saya. Saya sedia membantu. Ini pun dah dekat musim cuti sekolah. Selamat bercuti dan merancang penerbangan anda sekeluarga.

Artikel menarik untuk anda:

Tips Melancong ke Maldives

Tips Melancong ke Maldives

Suasana ketengan di Maldives.Dengar sahaja Maldives,…... Baca selanjutnya »

Idea Percutian Hujung Tahun

Idea Percutian Hujung Tahun

Bila hujung tahun musim cuti sekolah je mesti mak bapak pening nak bawa keluarga bercuti ke mana kan? Kalau boleh…... Baca selanjutnya »

Restoran Boiling Crab

Restoran Boiling Crab

Sejak kebelakangan ni banyak kedai yang mula menggunakan konsep “shell out”. Makin hari makin banyak. Konsep makan tanpa ada pinggan….... Baca selanjutnya »

Legoland Hotel California – Castle Hotel

Legoland Hotel California – Castle Hotel

Kanak-kanak la yang paling seronok kalau ajak pergi Legoland. Lagi-lagi kalau anak sendiri memang minat lego. Sebenarnya saya sendiri pun…... Baca selanjutnya »

Hotel Penaga Pulau Pinang

Hotel Penaga Pulau Pinang

Ceritanya bulan hujung bulan July kami ada malam anugerah di Pulau Pinang. Buat pertama kalinya buat di luar Kuala Lumpur….... Baca selanjutnya »

Filed Under: Bercuti, Keluarga, Umum Tagged With: cuti sekolah, cuti-cuti, Keluarga, penerbangan, percutian

Previous Post: « Idea Percutian Hujung Tahun
Next Post: Call of Duty Mobile »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Hemifacial Microsomia – Doc Band
  • Tukar cara berfikir
  • Pengalaman anak pertama sunat
  • Call of Duty Mobile
  • Berapa lama waktu transit penerbangan yang ideal?

Recent Comments

  • Saif Ali on Ada apa dengan wet tissue
  • azhar on Bazaar Ramadhan sekitar KL dan Selangor
  • Hafidz Zed on Bazaar Ramadhan sekitar KL dan Selangor
  • meso on Melatih anak duduk dalam car seat
  • azhar on Tips melawat Disneyland dalam 1 hari

Archives

  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Bercuti
  • Filem
  • Jurujual
  • Keluarga
  • Makanan
  • Motivasi
  • Photography
  • Teknologi
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2019 Sembang Kuat on the Foodie Pro Theme