Teringat kawan saya pagi tadi berkongsi tentang topik “Be the best version of you” dan membuatkan saya hendak berkongsi dengan anda semua apa yang saya dapat dan boleh kupaskan.
Setiap hari kita pasti kena bekerja atau bermain atau belajar dan macam-macam lagi. Masa yang kita peruntukan setiap apa yang kita lakukan setiap hari mungkin sama atau lebih.
Dari kita membuat apa yang kita perlu lakukan setiap hari secara sambil lewa atau setakat ala kadar, kenapa kita tidak buat bersungguh-sungguh terus?
Contohnya setiap hari kita bekerja. Kenapa kita perlu buat sambil lewa? Tangguhkan kerja yang kita boleh laku sekarang. Kenapa kita tidak buat bersungguh-sungguh supaya kerja kita siap lebih cepat dan kemas?
Masa yang sama kita akan peruntukan setiap hari untuk bekerja, dengan buat bersungguh-sungguh kita boleh buat lebih banyak dan supaya kita ada masa lebih untuk buat aktiviti lain.
Masa satu-satunya yang kita tidak boleh beli dengan duit dan kita tidak boleh patah balik untuk perbetulkan. Ini yang saya pegang dalam setiap apa yang saya ingin lakukan.
Jika nak buat kita buat bersungguh-sungguh. Biar sampai jadi. Sebab masa kita tidak boleh pusing balik. Masa kita telah peruntukan untuk buat sesuatu. Dah alang-alang kita tengah lakukan sesuatu biar kita buat sampai jadi.
Lagi satu contoh, jika kita tengah bersukan atau bermain dalam pasukan seperti bola sepak. Jika kita bermain bersungguh-sungguh rakan dalam pasukan pun akan merasa tempias semangat anda untuk menang. Semua akan lebih bersemangat untuk menang dalam perlawanan bola sepak.
Saya harap perkongsian pendek saya hari ini anda dapat faham dan praktikkan dalam kehidupan seharian anda. Tidak kira dalam apa yang anda lakukan kita lakukan bersungguh-sungguh.
My sister saved this internet site for me and I have been going through it for the past several hrs. This is really going to assist me and my classmates for our class project. By the way, I like the way you write.