Assalamualaikum dan dalam sejahtera semua.
Ramai yang dapat menarik nafas lega apabila Bank Negara Malaysia umumkan moratorium secara automatik kepada semua peminjam-peminjam di Malaysia. Bank-bank Malaysia sudah pun menerima arahan daripada Bank Negara Malaysia untuk memberi bantuan kepada semua peminjam.
Pihak orang ramai tidak lagi perlu untuk menelefon atau mengisi apa borang untuk dapatkan moratorium atau penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan berkuat kuasa mulai 1 April 2020 ini.
Moratorium ini terbahagi kepada 3 jenis pinjaman yang mana saya akan terangkan di bawah secara bahasa mudah.
Pinjaman Rumah
Untuk jenis pinjaman rumah, secara amnya ia adalah hadiah daripada kerajaan untuk rakyat. Pinjaman ini hanya akan menangguh bayaran selama 6 bulan dan ia hanya akan tambah durasi bayaran 6 bulan lebih dari tempoh yang asal. Interest masih berjalan tetapi impak dia sedikit.
Kalau tanya saya wajib ambil moratorium ini. 6 bulan installment rumah anda boleh simpan untuk keperluan anda sekeluarga. Banyak sebenarnya yang anda boleh simpan.
Pinjaman Kereta (Hire Purchase)
Untuk pinjaman jenis ini juga bank-bank akan tawarkan penangguhan bayaran selama 6 bulan. Anda boleh tarik nafas lega tanpa perlu bayar pinjaman ini. Ini juga secara automatik anda dapat. Interest juga akan tangguh untuk 6 bulan.
Jika anda ada buat Standing Instruction (SI) anda perlu hubungi bank anda untuk beritahu penangguhan ini. Bergantung pada pihak bank yang anda ada buat pinjaman bank. Bagi saya untuk monatorium ini juga anda wajib ambil supaya anda ada lebihan simpanan di tangan anda.
Pinjaman Kad Kredit
Untuk bayaran balik kad kredit, anda ada pilihan untuk tukar kepada term loan sehingga 36 bulan dengan syarat anda tidak ada sebarang tunggakan lebih daripada 90 hari. Anda juga ada pilihan untuk terus bayar macam biasa. Buat masa ini untuk bayaran balik kad kredit tiada penangguhan 6 bulan seperti pinjaman rumah dan kereta.
Jika anda masih tidak boleh bayar jumlah yang ditetapkan oleh bank selepas 6 bulan, anda boleh cuba memohon untuk lanjutkan tempoh bayaran balik bergantung pada budi bicara bank.
Secara kesimpulannya, mana yang anda boleh kurangkan bayaran balik anda ambil sahaja buat masa ini kerana rekod CCRIS anda tidak akan ada sebarang remarks pasal penangguhan bayaran atau moratorium ini.
Buat masa ini anda simpan cash sebanyak yang mungkin kerana kita belum tahu berapa lama lagi RMO ini akan berlanjutan. Simpan cash untuk apa-apa emergency dan makanan serta keperluan keluarga anda. Kalau ada kad kredit pun boleh simpan kecuali ada kecemasan.
Jika anda perlukan pendapatan sampingan atau duit tambahan boleh hubungi saya. Stay positive and stay at home. We can do this together.
Leave a Reply