• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Sembang Kuat

  • Home
  • Kenali Azhar
  • Arkib Artikel
  • Hubungi Azhar
You are here: Home / Motivasi / Cara atasi masalah dan risau berlebihan

Cara atasi masalah dan risau berlebihan

2 April 2019 by azhar Leave a Comment

Hari ni saya nak berkongsi beberapa tip bagaimana nak selesai masalah atau risau yang berlebihan. Pasti semua orang ada masalah masing-masing. Tiada orang pun yang dapat lari dari masalah.

Semua orang ada masalah.
Semua orang ada masalah.

Cara hadapi dan atasi masalah je yang membezakan kita. Ada pelbagai cara dan pilihan apabila kita nak selesaikan masalah yang kita hadapi. Mari saya kongsikan 3 tip dalam entry saya kali ini.

Sibukkan diri

Salah satu cara untuk kita tidak memikirkan masalah yang serabut dalam kepala kita adalah dengan sibukkan diri kita. Penuhkan jadual kita dengan pelbagai aktiviti. Contohnya dengan senaman, mesyuarat, keluar dengan kawan-kawan, pergi beli belah, bersukan dan macam-macam lagi.

Apabila kita sibuk, kita tidak akan ada masa untuk memikirkan masalah-masalah lain terutamanya masalah kecil. Kita akan lebih focus terhadap aktiviti yang kita sedang lakukan.

Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti.
Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti.

Selepas seharian sibuk dengan pelbagai aktiviti, kita akan letih dan akhirnya tidur. Kita tak sempat nak fikirkan masalah pun. Rutin yang sama hari-hari kita penuhkan jadual harian kita.

Masa hidup pendek

Jangka hayat hidup manusia tidak lama. Secara purata manusia akan hidup antara 70-75 tahun sahaja. Percayalah masa hidup kita sangat singkat. Kita habiskan 1/3 hidup kita dengan tidur.

Maknanya anda hanya ada 2/3 dari jangka hayat untuk membuat pelbagai benda dan aktiviti lain termasuk bekerja.

Anda rasa anda ada masa untuk bersedih atau risau dengan masalah-masalah kecil? Fikirkan.

Kurangkan berfikir kenapa, fokus kepada penyelesaian masalah.
Kurangkan berfikir kenapa, fokus kepada penyelesaian masalah.

Kisah lepas

Ada satu pepatah dalam bahasa inggeris “dont try to saw sawdust”. Dalam erti kata melayu, Jangan cuba gergaji habuk papan. Dah jadi habuk pun. Macam mana nak gergaji lagi?

Benda yang lepas kita tidak boleh ulang balik. Kita takde pun “time machine” yang boleh kembali masa sebelum ini untuk ubah apa-apa kejadian. Kita tidak boleh buat apa-apa dengan kejadian sebelum ini.

Apa yang kita boleh buat ialah pelajari dari kejadian sebelum ini supaya kita tidak ulangi perkara yang sama di masa hadapan. Betul ada kalanya susah kita nak telan atau lupakan masalah tersebut, tapi ia telah berlaku dan berlalu.

Hidup lebih tenang dengan bila kita tahu cara nak atasi masalah.
Hidup lebih tenang dengan bila kita tahu cara nak atasi masalah.

Kita perlu teruskan hidup kita. Kita perlu bangkit. Ada ramai lagi ahli keluarga dan rakan lain yang perlukan kita dalam sepanjang kehidupan ini.

Cukup 3 tips ini buat entry saya kali ini. Insyallah saya akan cuba kongsikan tip-tip untuk atasi masalah dalam entry akan datang.

Artikel menarik untuk anda:

Perbezaan seorang jurujual yang berjaya

Perbezaan seorang jurujual yang berjaya

Hari ni kita lihat ramai jurujual diluar sana. Macam-macam barang dan dari pelbagai latar belakang. Bagi saya, seorang usahawan dan…... Baca selanjutnya »

Semangat adrenalin memuncak

Semangat adrenalin memuncak

Pernah ke anda kena kejar dengan anjing? Atau lari dari Guru Besar atau guru disiplin ke? Mesti pernah kan? Masa…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Motivasi Tagged With: atasi masalah, cara-cara, masalah, risau berlebihan

Previous Post: « Pengalaman seperti raja diatas cruise
Next Post: Melatih anak duduk dalam car seat »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Hemifacial Microsomia – Doc Band
  • Tukar cara berfikir
  • Pengalaman anak pertama sunat
  • Call of Duty Mobile
  • Berapa lama waktu transit penerbangan yang ideal?

Recent Comments

  • Saif Ali on Ada apa dengan wet tissue
  • azhar on Bazaar Ramadhan sekitar KL dan Selangor
  • Hafidz Zed on Bazaar Ramadhan sekitar KL dan Selangor
  • meso on Melatih anak duduk dalam car seat
  • azhar on Tips melawat Disneyland dalam 1 hari

Archives

  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Bercuti
  • Filem
  • Jurujual
  • Keluarga
  • Makanan
  • Motivasi
  • Photography
  • Teknologi
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2019 Sembang Kuat on the Foodie Pro Theme