Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pasti ramai yang tidak biasa atau kekok untuk membayar zakat fitrah secara online. Maklumlah semua sudah biasa selama ini bayar zakat melalui amil di masjid-masjid atau surau-surau. Ada juga amil yang sebelum ini bertugas di shopping mall sebelum ini.
Ini semua sebahagian inisiatif untuk memudahkan orang ramai untuk membayar zakat fitrah. Tapi untuk tahun ini memandangkan semua di bawah PKP, kaedah pembayaran secara online diperkenalkan. Ada yang sudah lama ada tetapi ramai yang tidak tahu sebelum ini.
Di bawah saya ingin kongsikan cara-cara serta langkah untuk membayar zakat fitrah bagi negeri Selangor di bawah Lembaga Zakat Selangor. Anda boleh pergi ke entri saya sebelum ini untuk mendapatkan pautan ke semua senarai Lembaga Zakat Negeri masing-masing.
Bagi yang hendak membayar ke Lembaga Zakat Selangor anda boleh terus klik pautan ini. Ia akan membawa anda terus ke laman web Lembaga Zakat Selangor seperti di bawah.
Anda boleh isi maklumat anda seperti nama penuh anda, no kad pengenalan dan juga no telefon anda. Selepas itu anda tekan dan pilih zakat fitrah seperti gambar di bawah.
Selepas memilih zakat fitrah, anda di kehendaki untuk memilih jenis beras yang anda makan setiap hari di rumah anda. Terdapat 3 pilihan seperti di bawah dan harga untuk bayaran zakat fitrah juga berbeza-beza.
Di sini ada 3 jenis pilihan beras serta kadar zakat fitrah.
Jenis Beras | Kadar Zakat (RM) |
Beras Super Special Tempatan 5% | 7.00 |
Beras Wangi, Beras Perang, Beras Panni, Beras Putih Import, Beras Pulut | 14.00 |
Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah | 21.00 |
Setelah anda tetapkan jenis beras, teruskan buat pilihan berapa tanggungan yang anda hendak bayar dan jumlah di bawah dalam RM akan dikira secara automatik bagi anda.
Saya pilih FPX untuk membuat bayaran zakat fitrah sebab ia lebih mudah bagi saya. Saya pun lebih biasa menggunakan FPX untuk buat bayaran secara online.
Di atas adalah senarai bank yang boleh digunakan untuk membuat bayaran zakat fitrah secara online di LZS.
Setelah anda pilih bank yang anda ingin gunakan, anda periksa dahulu semua butiran anda dan baca la niat untuk membayar zakat fitrah sebelum anda tekan bayar sekarang. Di dalam page ini akan ada butiran jumlah yang anda akan bayar.
Anda akan dibawa ke halaman bank yang anda pilih. Daftar masuk seperti biasa online banking anda. Pastikan jumlah untuk buat bayaran zakat fitrah sama seperti yang anda ingin bayar dan teruskan.
Setelah selesai online banking anda, ia akan bawa anda kembali ke halaman untuk pengesahan bayaran zakat anda. Anda boleh cetak untuk simpanan anda.
Selesai sudah cara-cara untuk membuat bayaran zakat fitrah secara online. Harap perkongsian saya ini membantu anda. Jika rasa ia bermanfaat harap anda boleh share kepada rakan-rakan anda. Terima kasih.
Leave a Reply