Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sudah menjadi kebiasaan kita biasa membayar zakat fitrah di bulan Ramadhan. Biasanya ada sahaja amil tunggu di masjid-masjid dan surau-surau untuk kita tunaikan kewajiban. Lagi-lagi waktu sembahyang tarawikh.
Saya memang selalu akan bayar zakat fitrah selepas selesai sembahyang tarawikh. Bagi saya memang senang sebab boleh buat serentak. Kalau waktu lepas sembahyang Jumaat selalunya ramai yang beratur.
Tapi untuk tahun ini amat berbeza. Disebabkan semua masih dalam PKP, pihak berwajib telah menyediakan portal bayaran secara online untuk memudahkan anda semua menunaikan bayaran zakat fitrah masing-masing serta keluarga.
Di bawah adalah senarai penuh setiap negeri untuk bantu anda semua bayar zakat fitrah. Anda hanya perlu tekan link di bawah dan ia akan bawa anda terus ke laman web zakat negeri.
Selangor : fpx.zakatselangor.com.my
Wilayah Persekutuan : zakat2u.com.my/payment/fast
Kedah : jom.zakatkedah.com.my
Perlis : bit.ly/2VMqN5L
Penang : bit.ly/2Ko9zqj
Kelantan : zakat.e-maik.my/v5/index.php
Terengganu : bit.ly/2Vrxvz3
Perak : ezakat.maiamp.gov.my/v4/
Pahang : bit.ly/2KljrRA
Negeri Sembilan : bit.ly/3eEbyEB
Melaka : https://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah
Johor : fitrah.maij.gov.my
Sarawak : bit.ly/2zmhimp
Sabah : bit.ly/3bucJo
Cara bayaran adalah melalui online banking yang paling mudah. Kadar setiap Negeri pula adalah seperti di bawah ini. Kadar bayaran zakat fitrah juga berbeza mengikut jenis beras yang anda makan setiap hari di rumah.
Kadar Zakat Fitrah 2020
Negeri | Kadar Zakat 2020 (RM) |
Selangor | 7.00 / 14.00 / 21.00 |
Wilayah Persekutuan | 5.00 / 7.00 |
Johor | 7.00 / 10.00 |
Perlis | 7.00 |
Penang | 7.00 / 16.00 |
Negeri Sembilan | 7.00 |
Perak | 7.00 / 14.00 / 21.00 |
Pahang | 7.00 |
Kedah | 5.00 / 7.00 / 14.00 / 21.00 |
Melaka | 7.00 / 14.00 |
Terengganu | 7.00 |
Kelantan | 7.00 |
Sabah | 6.00 / 7.50 |
Sarawak | 7.00 |
Harap dengan info-info di atas dapat membantu anda semua dan memudahkan anda untuk membuat bayaran zakat fitrah masing-masing. Jangan lupa untuk bayar zakat fitrah ye. Selamat beramal.
Leave a Reply