Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semenjak kecoh tentang Covid 19, ramai yang mula risau tentang jangkitan virus Covid 19. Semua hendak keluar rumah pun takut-takut. Hendak keluar rumah pun berkira-kira. Hendak keluar rumah pelbagai safety yang disediakan.
Ada yang siap dengan hand sanitizer, sarung tangan, face mask dan macam-macam lagi. Nak cari pun sekarang ni agak susah. Stock sangat kurang. Harga pun tidak seperti dulu lagi kerana permintaan sangat tinggi. Ada juga yang gunakan ia sebagai peluang untuk tambahan pendapatan.
Hari ini saya hendak kongsikan cara-cara pemakaian face mask yang betul. Saya sendiri pada mulanya pun tidak pakai dengan cara yang betul. Kita pun tahu apabila kita pakai face mask ini kita dapat mengurangkan peluang daripada terkena jangkitan virus ini.
Face mask yang berkesan untuk menghalang penyakit berjangkit adalah yang jenis 3 ply atau surgical mask. Ia mempunyai beberapa lapisan yang berfungsi untuk menyerap kelembapan, menapis kuman dan bahagian luar yang telap air.
Untuk permulaan kita perlu tahu bahagian mana yang patutnya sebelah luar atau sebelah dalam. Semua face mask ada 2 warna, satu warna putih dan lagi satu warna biru atau hijau. Persoalan dia mana yang dalam atau luar?
Warna biru atau hijau adalah sebelah luar kerana ia mempunyai lapisan kalis air dan bahagian warna putih adalah bahagian dalam menghadap mulut. Saya pun pada mulanya pun pakai cara yang salah.
Pastikan strip anda di bahagian paling atas yang menutup bahagian hidung anda. Anda perlu tekan strip tersebut supaya ia tertutup kemas ikut bentuk muka anda. Pastikan anda tarik bahagian bawah face mask supaya ia menutup dagu anda.
Setelah selesai pakai pastikan anda buang face mask anda dalam beg plastik kecil supaya ia tidak terdedah kepada orang lain kemudian hari. Face mask ini biasanya adalah pakai buang dan bukan untuk dipakai berulang kali.
Harap perkongsian saya ini serba sedikit dapat membantu anda untuk memakai face mask dengan cara yang betul sepanjang waktu yang sangat kritikal ini. Semoga kita semua dijauhi dari wabak Covid 19 ini. Stay safe semua.
Leave a Reply