Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ini saya ingin berkongsi tips bagaimana hendak merakam skrin desktop atau kita panggil screen recording menggunakan aplikasi yang memang sudah sedia ada di dalam Macbook anda. Ia sangat membantu untuk membuat tutorial video yang menggunakan apa-apa aplikasi dan untuk mengajar.
Ciri ini sangat penting dan berguna bagi saya untuk membuat video dengan lebih pantas dan mudah. Dengan cepat saya boleh beri video tersebut kepada pasukan saya untuk membantu apa yang diperlukan oleh mereka. Cara ini jauh lebih efektif berbanding menggunakan telefon.
Ada 2 cara untuk anda merakam apa yang ada di skrin anda menggunakan Macbook.
Cara 1
Yang pertama ialah dengan membuka Quicktime player. Di sini anda pergi ke File > New Screen Recording
Cara 2
Anda hanya perlu tekan di keyboard anda command + shift + 5
Di sini anda ada beberapa pilihan untuk membuat video rakaman anda antaranya ialah anda boleh buat rakaman penuh skrin, window yang aktif atau ikut pilihan (anda boleh crop bahagian yang mana anda hendak rakam sahaja).
Anda juga boleh menggunakan macbook punya mic tetapi tidak digalakkan sebab banyak noise nanti. Anda boleh pilih guna headphone mic yang mana suara akan lebih jelas kedengaran dalam video yang anda ingin hasilkan. Anda juga boleh aktifkan pilihan mouse click supaya yang menonton video anda tahu mana yang anda tekan.
Apabila anda sudah tetapkan pilihan, anda hanya perlu tekan record sahaja dan terus apa yang anda ingin rakam di skrin anda. Setelah selesai anda hanya perlu tekan stop dan video ini akan di save di tempat yang anda telah tetapkan.
Harap perkongsian saya ini dapat membantu anda untuk meningkatkan produktiviti anda dalam kerja seharian anda. Selamat maju jaya.
Leave a Reply