Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Ramai yang suka menonton YouTube lebih-lebih lagi kanak-kanak. Pelbagai video atau kartun ada di YouTube. Semuanya hanya di hujung jari untuk mencari video yang anda hendak tonton. Pelbagai tutorial juga ada di dalam YouTube. Semua boleh belajar sendiri sahaja.
Saya pasti ada yang ingin membuat video sendiri dan berkongsi di dalam YouTube. Tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula. Hari ini saya ingin berkongsi cara-cara untuk membuat YouTube channel dengan anda.
Untuk permulaan anda perlu ada account Gmail untuk anda mempunyai YouTube channel sendiri. Anda boleh ke laman web Gmail untuk membuat akaun anda. Selepas selesai membuat akaun anda boleh terus ke laman YouTube dan sign-in.
Setelah selesai cipta akaun Gmail anda boleh terus ke laman YouTube
Tekan sign-in dan masukkan akaun Gmail yang anda telah daftarkan sebelum ini.
Selepas sudah sign-in anda terus ke YouTube settings dan pergi ke akaun
Tekan no 1 untuk keluarkan settings dan seterusnya tekan no 2 untuk create channel yang anda hendak buat.
Tahniah anda telah berjaya mencipta YouTube channel pertama anda. Anda sudah boleh mula untuk upload video anda ke dalam YouTube. Selamat mencuba dan selamat layan video.
Leave a Reply