Ramai yang mula menerima cryptocurreny seperti Bitcoin atau dikenali sebagai BTC. Ada banyak lagi jenis cryptocurrency seperti Etherium, Ripple dan macam-macam lagi. Setakat Januari 2021 terdapat lebih 4,000 jenis cryptocurrency terdapat di dalam pasaran.
Harga bitcoin semakin meroket selepas Elon Musk (Tesla) mengumumkan yang mereka telah membeli sebanyak USD1.5 billion nilai bitcoin dan bakal menerima pembelian kereta Tesla menggunakan bitcoin.
Harga bitcoin mencecah paras tertinggi USD49,875 menjadikan ramai yang meraih keuntungan dalam masa yang singkat. Saya mula mengikuti perkembangan bitcoin semenjak 2017 dengan sambil-sambil.
Pada masa itu agak sukar untuk membeli bitcoin. Tidak banyak platform atau website yang menyediakannya berbanding sekarang. Banyak proses yang perlu dilakukan terutama jika di Malaysia.
Saya telah mencuba Luno, Remitano dan Binance. Cara paling mudah ialah menggunakan Luno. Anda boleh beli dengan pantas. Pertama sekali anda perlu muat turun dahulu aplikasi Luno terlebih dahulu atau anda boleh tekan link di bawah ini terus:
https://www.luno.com/invite/9D869
Tekan sign up di atas sebelah kanan atas seperti di anak panah merah.
Anda boleh pilih untuk menggunakan email atau mana-mana sosial akaun anda untuk pendaftaran di Luno.
Periksa inbox email anda untuk sahkan email anda.
Anda hanya perlu tekan link di dalam email anda dan ia akan terus bawa anda ke laman Luna kembali dan tekan continue.
Di sini anda perlu masukkan no telefon yang sah dan befungsi.
Anda akan terima 4 digit pin melalui SMS untuk sahkan no telefon anda.
Tahniah! Anda sudah berjaya daftar untuk akaun Luno. Untuk mulakan pembelian anda perlu teruskan ‘set up profile’ anda.
Cara membeli menggunakan Luno sangat mudah. Anda boleh menggunakan terus mana-mana akaun bank yang anda ada menggunakan FPX.
Anda boleh pilih nilai RM50, RM100 atau selain mengikut jumlah yang anda inginkan.
Masukkan nilai yang anda inginkan dan tekan next.
Pilih FPX Transfer.
Sahkan nilai yang anda inginkan dan fee yang akan dikenakan.
Pilih dari senarai bank yang anda ingin gunakan.
Seterusnya seperti biasa anda ingin melakukan pembelian online. Mudah kan? Biasanya ia tidak mengambil masa yang lama sebelum bitcoin anda dipaparkan dalam wallet anda. Selamat mencuba.
Leave a Reply