Kringggg!! Bunyi loceng di iPhone anda. Dengan pantas kita akan tekan ‘snooze button’ di skrin iPhone kita. Kadang-kadang ada yang kita segar dan boleh bangun terus. Tapi selalunya kita akan sambung tidur dan tunggu bunyi loceng lagi sekali.
Mungkin ada yang tertanya kenapa iPhone punya loceng ‘snooze’ secara sedia ada 9 minit dan tidak boleh dipendekkan atau dipanjangkan masanya. Saya pun sering tertanya.
Kisahnya, sebelum adanya jam digital, jurutera hadapi kekangan dengan gear mekanikal di dalam jam standard yang mana menghadkan kepada 9 minit ‘snooze time’ sahaja. Setelah mendapat konsesus ramai yang berpendapat yang 10 minit ‘snooze time’ adalah terlalu lama dan boleh menyebabkan ramai yang kembali tidur nyenyak, pembuat jam membuat keputusan untuk teruskan dengan 9 minit gear.
Terima kasih kepada Apple kerana masih mengekalkan tradisi lama. Walaubagaimana pun tidak ramai yang bersetuju dengan teknologi yang terkini. Lagi-lagi dengan jam digital. Jadi bagaimana untuk kita tukar tetapan masa ‘snooze time’ di iPhone?
Berita buruk buat pengguna iPhone, ia tidak boleh di tukarkan mengikut tetapan yang kita suka. Walaubagaimana pun kita ada beberapa alternative lain untuk kita gunakan bagi menetapkan ‘snooze time’ kita.
Yang pertama kita boleh menggunakan aplikasi lain di Apps Store seperti Sleep Cycle Alarm Clock dan banyak lagi. Anda hanya perlu taip ‘alarm clock’ dan ada keluar banyak senarai aplikasi. Anda boleh cuba. Ada yang kita boleh pilihan masa ‘snooze time’ 1, 3, 5 minit dan sebagainya. Ada yang datang dengan analisa corak tidur kita.
Pilihan kedua ialah kita boleh gunakan alarm yang ada sebagai ‘snooze time’ kita. Contohnya kita tetapkan waktu bangun pukul 6:00 pagi dan kita nak ada ‘snooze time’ 5 minit. Kita tetapkan lagi satu waktu pada 6:05 pagi dan seterusnya jika kita perlukan. Sebab kita tahu iPhone punya ‘snooze time’ ialah 9 minit.
Harap perkongsian diatas dapat membantu. Setakat ini perkongsian pada hari ini. Selamat mencuba.
Leave a Reply