Selalu tengok rancangan masak Chef Wan cam sedap je kan. Nak juga rasa macam mana rasa masakan Chef Wan ni. Dah lama sebenarnya dari mula tengok Chef Wan ni dalam rancangan TV.
Apabila dapat tahu Chef Wan dah buka restorannya sendiri memang dah set nak pergi makan kat kedai dia. Tapi terfikir gak mau harga dia lain macam pula kan. Kang tersalah budget malu juga.
Tengok-tengok juga dekat Instagram dan beberapa kawan yang pernah ke sana. Memang ramai yang kata makanannya memang sedap-sedap belaka. Harganya pun memang boleh tahan.
Sebenarnya bergantung kepada menu yang anda akan pilih nanti. Kalau selera tekak mahal-mahal memang melambung juga harga dia. Saya pergi bersama keluarga kecil saya berempat ke Restoran De.Wan 1958 by Chef Wan sempena harijadi isteri saya.
Kami telah memesan 3 jenis lauk iaitu Siakap Stim Limau, Udang Goreng Kari Hijau Telur Asin dan Daging Rendang Selangor. Semua lauk kegemaran anak sulong saya. Semua dia punya pilihan. Nak order lain takut tak habis pula.
Tengok dari senarai menu yang ada pun dah mengiurkan. Silap-silap boleh meleleh baca menu dia. Untuk nasi pula anda ada 3 jenis pilihan iaitu Nasi Putih, Nasi Kuning dan Nasi Telur.
Boleh campur-campur untuk anda rasa kepelbagaian rasa nasi berserta lauk yang anda telah order. Saya memilih untuk rasa Nasi Kuning & Nasi Telur. Campur-campur sikit untuk rasa.
Anak saya pula pilih nasi putih seperti biasa. Saiz ikan siakap dia memang besar. Lembut dan segar. Anak saya punya la seronok makan. Banyak juga dia makan. Memang lauk kegemaran dia siakap stim ni.
Memang lauk-lauk dia secukup rasa. Kami pula datang berempat. Memang lebih dari cukup saiz hidangan lauk dia. Makan lauk sahaja dah kenyang. Nak order pemanis mulut pun dah tak larat makan.
Siap kami bungkus balik daging rendang. Daging dia memang lembut pula tu. Tak sampai hati nak bazir. Memang secukup rasa orang kata. Memang saiz hidangan dia banyak. Berbaloi dengan harga dia.
Saya cadangkan jika anda hendak pergi pastikan perut anda betul kosong atau pergi dengan beberapa orang dewasa. Dalam 4-6 orang dalam satu kumpulan saya rasa sangat sesuai dan berbaloi untuk makan lauk di restoran ini.
Jika tanya saya adakah berbaloi atau saya rekomen untuk ke restoran ini? Ye memang saya sangat rekomen untuk anda mencuba. Saya pun dalam perancangan untuk bawa ibu bapa saya makan di restoran ini dalam masa terdekat ini.
Alamat restoran: Lot 2-2 Level 2 The Linc KL No, 360, Jalan Tun Razak, Taman U Thant, 50400 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Leave a Reply