Pasti ramai yang tertunggu-tunggu Game of thrones season 8 akan ditayangkan pada 14 April 2019 dan merupakan season terakhir. Season 8 ini akan dipecahkan kepada 6 episod dan episod terakhir pada 19 May 2019. Jumlah semua dari season 1 hingga 8 berjumlah 73 episod.
Dengan jumlah 30juta penonton satu dunia, ia adalah satu siri HBO yang sangat ditunggu-tunggu dan mempunyai rating yang sangat tinggi.
Game of thrones telah memenangi pelbagai anugerah antaranya ialah Golden Globe Award dan Grammy Award. Game of thrones telah memenangi 239 daripada 715 penamaan dalam pelbagai anugerah.
Latar belakang
Game of thrones adalah siri drama fantasi yang berkisar kebanyakkannya di Westeros. Ia mengenai sembilan keluarga bangsawan yang berebut untuk menguasai “Iron Throne”.
Pelbagai plot yang tidak dapat dijangkakan setiap episod. Ini antara yang menarik kerana apa yang dijangkakan selalunya jadi lain. Ada beberapa babak yang sehingga buat kita terfikir tergamak watak lakonan itu lakukan terhadap ahli keluarga sendiri demi mengejar kuasa.
Houses of Stark, Lannister, Baratheon, Targaryen, Greyjoy, Tully, Aryyn, Tyrell dan Martell adalah 9 keluarga bangsawan yang menghidupkan siri Game of thrones ini.
Sementara 9 keluarga bangsawan ini berperang dan bergaduh sesama sendiri, satu kuasa di bahagian utara sedang bangkit untuk mengusai Seven Kingdom. Night King bersama White Walkers sedang mengumpul kekuatan untuk menyerang. Ia dipercayai satu bangsa purba ais yang kuat, ganas dan mempunyai kuasa magis. Sudah hampir 8000 tahun ia tidak kelihatan.
Sebuah tembok yang di panggil “The Wall” setinggi 700 kaki dan sepanjang 300 batu yang memisahkan Seven Kingdom dengan “the land beyond, the North” yang dikuasai oleh Night King dan White Walkers. Night Watch ditugaskan untuk menjaga tembok ini sehingga sekarang.
Adakah keluarga Targaryen akan menguasai kembali Seven Kingdom? Atau adakah keluarga Stark? Lannister?
Bagaimanakah kesudahan Game of thrones season 8 ini? Kita sama-sama saksikan.
Leave a Reply