Bagi yang pernah datang ke bazaar Ramadhan TTDI pasti tidak akan terlepas pandang gerai Hardcore Burger ini. Mana tidaknya, setiap hari gerai ini dipenuhi dengan ramai orang. Orang sanggup beratur panjang semata-mata untuk makan burger. Ada yang beratur 45 minit hingga 1 jam untuk mendapat Hardcore burger. Walaupun sudah habis Ramadhan, masih teringat-ingat pasal Hardcore Burger ini.
Ini merupakan tahun kedua percubaan untuk mendapatkan Hardcore Burger. Tahun lepas gagal selepas beberapa kali percubaan barisan untuk dapatkan burger ini terlalu panjang. Untuk tahun ni pun selepas percubaan kedua baru berjaya. Itu pun 2 hari lagi sebelum raya baru berjaya dapatkan Hardcore burger ini.
Dan pada masa ini pun kebetulan dalam keadaan hujan. Walaupun hujan tidak menghalang orang ramai untuk datang beratur dapatkan burger ini. Saya bernasib baik masa saya tiba hanya ada dalam 10-12 orang sahaja di depan saya. Itu pun masih perlu menunggu dalam 15-20 minit untuk dapatkan burger ini.
Hardcore burger menawarkan 3 jenis iaitu Lamb Mozzarella Burger yang berharga RM15 sebiji. Lagi 2 jenis iaitu Beef Mozarella Burger dan Chicken Mozzarela Burger berharga RM14 sebiji. Yang paling ramai saya lihat masa saya berada di gerai tersebut ialah Lamb dan Beef.
Cara masak pun sangat mengiurkan. Boleh dikatakan semua pengunjung yang melalui gerai Hardcore Burger ini pasti akan berhenti untuk melihat cara mereka memasak burger ini. Daging-daging ini akan dibakar dahulu secukup rasa bersama dengan sos mereka. Roti juga di bakar.
Selepas daging semua siap dibakar, mereka akan menyusun semua diatas dulang. Biasa nya ada dalam 28 biji burger atas satu dulang. Masa ini mereka akan letakkan ‘condiments’ secukup rasa bagi setiap burger. Selesai semua itu, keju pula diletakkan di atas. Pada masa ini, mereka akan gunakan ‘fire torch gun’ untuk mencairkan keju-keju di atas daging burger tersebut. Masa ni pun dah meleleh tengok. Lagi-lagi bulan puasa kan.
Tidak cukup dengan itu, Mozzarela pula diletakkan di atas lapisan keju. Ini pun dicairkan menggunakan ‘fire torch gun’ seperti sebelum ini. Meleleh habis la masa tu. Dikatakan Hardcore burger ni hanya dijual pada bulan puasa sahaja. Tidak sempat saya berborak dengan mereka kerana mereka terlalu sibuk setiap kali pergi ke gerai mereka.
Bagi mereka yang meminati burger memang saya sangat sarankan untuk mencuba Hardcore burger ini. Kalau ada kawan-kawan yang membaca entry ini dan tahu jika mereka ada membuka gerai di tempat lain selain bulan puasa di Bazaar TTDI pun boleh kongsikan di sini lokasi mereka. Ini juga mencuba masa burger ini panas-panas.
Leave a Reply