Kalau boleh letak nilai harga dan beli kepercayaan seseorang, berapa nilai yang sanggup anda bayar?
Bagi saya ia tidak ternilai dengan wang ringgit. Kepercayaan adalah sesuatu yang perlukan usaha, sikap setia dan komitmen untuk dapatkan kepercayaan seseorang.
Ia tidak boleh dijual beli. Ia adalah satu yang tidak ternilai. Satu keistimewaan. Kesetian tidak wujud jika tidak ada kepercayaan. Kesetiaan dan kepercayaan datang seiring dan tidak dapat dipisahkan.
Setia
Sikap setia adalah intipati utama dalam apa jua hubungan. Hubungan suami isteri. Hubungan rakan-rakan dan saudara mara. Hubungan sesama jiran. Hubungan dalam mana-mana organisasi.
Bila wujudnya kesetiaan, kepercayaan terhadap mana-mana hubungan akan wujud secara semulajadi. Ia memerlukan masa. Ia perlukan pengorbanan.
Ada kalanya mengambil masa bertahun lamanya untuk dapatkan kepercayaan seseorang atau pun sesuatu organisasi. Tetapi kepercayaan ini boleh hilang dengan sekelip mata sahaja.
Hargailah kepercayaan yang telah diberikan. Jangan sesekali buat perkara yang menghancurkan kepercayaan itu. Ia adalah sesuatu yang tidak ternilai.
“When you fully trust someone without any doubt, you finally get one of two results: a person for life or a lesson for life”
Leave a Reply