Bila hujung tahun musim cuti sekolah je mesti mak bapak pening nak bawa keluarga bercuti ke mana kan? Kalau boleh nak bagi anak-anak puas dan boleh ingat sampai bila-bila percutian keluarga kan?
Dalam Malaysia pun sebenarnya ada banyak tempat menarik nak pergi bercuti. Tidak perlu pun untuk ke luar negara. Orang luar pun datang ke Malaysia untuk bercuti terutamanya pulau-pulau kita.
Tetapi bila hujung tahun, banyak pulau-pulau ini tutup disebabkan musim tengkujuh. Terutama pulau-pulau di Terengganu seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian.
Di bawah saya senaraikan beberapa tempat yang sesuai untuk bawa keluarga bercuti untuk hujung tahun atau cuti sekolah.
Pulau Langkawi
Bagi yang masih berminat dengan percutian pantai, anda boleh pertimbangkan untuk bercuti ke Pulau Langkawi. Dah banyak perubahan berbanding 10 tahun lepas terutama di kawasan Pantai Chenang.
Banyak pembangunan dan kedai-kedai disepanjang jalan persisiran pantai. Macam kat Bali pun ada juga. Pelbagai jenis hotel pun ada mengikut kemampuan masing-masing.
Seperti saya pergi tahun sebelum ni kami mengambil apartment 2 unit. Unit dia pun besar dan dekat dengan bandar. Anak-anak pun selesa tidur dan ada juga kolam renang besar untuk kanak-kanak.
Kawasan bebas cukai memang menjadi tarikan bagi yang suka membeli belah. Bagi yang lebih minat sukan air anda boleh mengambil pelbagai pakej untuk island hopping, jet skit dan macam-macam lagi. Pastikan anda tanya dulu harga ye.
Hard Rock Hotel, Pulau Pinang
Antara hotel kegemaran saya terutama kalau bawa keluarga dan anak-anak. Dengan kolam renang yang besar pasti anak-anak akan leka seharian di kolam renang.
Ada juga bilik yang buka pintu je boleh terjun masuk dalam kolam. Bergantung pada budget masing-masing. Terdapat juga pelbagai aktiviti lain untuk kanak-kanak sepanjang anda berada di sana.
Terdapat juga pantai berhadapan dengan hotel ini. Dari kolam renang memang dah boleh nampak pantai. Anak-anak pasti seronok. Sekejap di kolam. Sekejap di pantai.
Selain itu Pulau Pinang juga terkenal dengan makanan-makanan yang sedap. Anda boleh bawa keluarga untuk pergi menikmati makanan sepanjang percutian anda di sana.
Jika anda nak cuba Hard Rock Hotel yang terkini anda boleh cuba Hard Rock Hotel Desaru. Kolam renang dia jauh lebih besar dan lagi menarik. Saya pun teruja gak nak cuba ke sana nanti.
Hotel Legoland, Johor
Antara percutian idaman bagi kanak-kanak. Lebih-lebih lagi yang meminati Lego. Memang syurga bagi mereka apabila dapat pergi ke Legoland dan bermalam di Legoland Hotel.
Setiap bilik hotel Legoland mempunyai tema yang berbeza. Anda boleh lihat di laman web Legoland dan boleh menempah terus di situ tema bilik yang diinginkan.
Kebiasaanya ada promo-promo yang bilik hotel bersama dengan pas masuk ke taman tema Legoland. Anda akan dapat banyak diskaun di sini.
Kalau betul nak puas memang kena pergi 3 hari 2 malam baru dapat menikmati semua yang di tawarkan. Dicadangkan untuk pergi hari biasa berbanding hujung minggu. Kurang sikit orang kan.
Rasa cukup saya kongsikan 3 tempat menarik untuk percutian hujung tahun kali ni. Nanti saya akan kongsikan lagi tempat-tempat menarik yang mungkin anda sedang mencari idea. Selamat bercuti hujung tahun.
Leave a Reply