Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apple baru mengumumkan siri iPhone yang terbaru iaitu iPhone SE. Apabila Apple umumkan untuk model baru pasti akan ada tarikan terbaru yang mereka ingin beri pengalaman baru kepada pengguna-pengguna Apple atau kepada bakal pengguna yang akan bertukar ke Apple.
Saya agak tertarik dengan strategi baru Apple dalam melancarkan iPhone SE yang terbaru ini. Memang ia sangat tidak disangkakan oleh ramai orang dengan strategi baru Apple untuk memasarkan siri iPhone yang baru ini. Lagi-lagi tengah waktu wabak Covid19 ini yang sedang menular seluruh dunia.
Strategi Apple untuk mengeluarkan iPhone versi murah tetapi masih mengekalkan banyak ciri-ciri terkini memang agak mengagumkan. Pada kebiasaannya pengeluar-pengeluar telefon akan memasukkan ciri-ciri terkini dan menetapkan harga yang tinggi. Ini kita boleh tengok trend 4-5 tahun kebelakang.
iPhone 11 Pro Max paling murah pun dalam RM5,299 dan yang paling mahal boleh mencecah RM6,899. Ini yang model paling canggih Apple keluarkan pada waktu ini. Memang bukan semua orang mampu untuk membeli dan menggunakannya. Walaupun dekat pakej dari telco, harganya masih agak mahal.
Tetapi untuk iPhone SE ini, Apple menetapkan harga bermula hanya daripada RM1,999. Ya anda boleh memiliki iPhone SE bawah daripada RM2,000. Memang agak mengejutkan. Dengan harga ini, ramai yang mampu untuk menggunakan iPhone SE yang baru ini.
Sudah pasti ia akan memberi saingan seperti Huawei, Samsung dan lain-lain lagi. Ia memberi pilihan yang lebih kepada pengguna untuk mencuba dan peluang untuk mula menggunakan iPhone. Mungkin sebelum ini ramai yang ingin menggunakan iPhone tetapi harganya terlampau mahal.
Apple menggunakan cip pemproses yang sama seperti yang digunakan pada iPhone 11. Cip pemproses yang terkini dan terlaju digunakan oleh Apple dalam keluaran iPhone mereka. Maknanya anda masih dapat kelajuan yang sama seperti iPhone 11.
Dari segi kamera dan gambar pun cukup baik untuk telefon harga RM2,000. Mampu untuk menghasilkan gambar potrait mode. Video pun mampu untuk merakam sehingga 4K video 60fps. Wow kan? Memang sangat berbaloi sebenarnya dengan harga yang ditawarkan.
Anda boleh dapatkan spesifikasi yang lebih terperinci daripada laman web Apple. Untuk menjawab persoalan andakah ia berbaloi untuk dibeli? Bagi saya YA jika anda masih menggunakan iPhone 6, 6s, 7 atau 8. Masih ramai diluar yang masih menggunakan iPhone model ini sebenarnya.
Ia sudah pasti akan memberi kepuasan untuk naik taraf kepada model terkini. Bagi pengguna yang ingin bertukar daripada Android ke iOS, inilah masa yang terbaik dan model yang berbaloi untuk anda mula. Dari segi saiz pun ia just nice untuk pegang dan penggunaan harian. Tidak kecik dan tidak terlalu besar.
Jika anda sudah menggunakan iPhone X atau iPhone 11 rasanya tidak perlu untuk anda tukar ke model ini. Ia lebih disasarkan kepada pasaran dan golongan berlainan. Strategi Apple ini sudah pasti akan mengganggu pasaran telefon bimbit seluruh dunia. Sekali lagi Apple membuat langkah berani untuk dapatkan pasaran baru.
This iPhone SE will break all the records.
I’m an android user and one of my friend advices me to switch to apple. Because people nowadays like apple products more than android and apple also gets upgraded frequently. In this page, the price comparison you gave helps me to know about the latest models, hope SE 2nd gen is a good one and also low in price while compare with others. Thank you!
Victor.
Victor recently posted…Instagram Black Screen Error on iPhone, How to Fix?