Tetiba je rasa nak pergi jalan-jalan. Tengok anak kat rumah pun dah tidak tahu nak buat apa. Ye la duduk rumah je kebelakangan ni semenjak Covid19 kan. Nak bawa keluar jalan-jalan pun risau juga sebenarnya.
Petang raya kedua terfikir nak ke Genting Highlands. Saje bawak anak-anak jalan. Dia orang pun tak pernah pergi lagi. Dalam kepala mesti tak ramai sebab ramai yang ambil kesempatan raya kali ini untuk pulang beraya ke kampung masing-masing.
Alhamdulillah perjalanan ke Genting sangat lancar. Dalam 1 jam sahaja dah sampai ke Genting. Boleh tahan ramai juga orang di Genting Highland malam raya kedua. Ramai tapi tidak sesak. Just nice. Cuaca pun sedap malam tu.
Sampai Genting terus masuk parking di First World Hotel. Memang cadang hendak ke Indoor Theme Park je. Saje amik feel jalan-jalan dengan cuaca sejukkan. Terus dari parking ke tingkat 1 First World Hotel untuk ke Skytropolis Theme Park.
Rata-rata ramai yang mematuhi SOP. Semua check suhu dan register menggunakan aplikasi My Sejahtera. Facemask boleh kata semua pun pakai. Di Skytropolis setiap jam mereka akan tutup ride sekejap untuk membuat sanitasi. Rasa lega dan selamat la jugakan.
Anak-anak dah tidak sabar untuk bermain. Puas hati tengok anak-anak seronok. Dalam keseronokan nampak mereka pun sudah mula faham tentang new normal sekarang yang perlu jaga jarak dan kebersihan.
Kami sampai lebih kurang 9 malam di Skytropolis. Ikutkan pukul 10pm dah tutup. Jadi kami ada masa lebih sejam sahaja untuk bermain di theme park ini. Tanya balik rupanya untuk hari Sabtu mereka tutup pukul 12 tengah malam.
Lagi la seronok anak-anak semua. Disebabkan tidak berapa ramai orang kami dapat menaiki banyak ride dalam Skytropolis. Lari sekejap dalam pukul 10pm untuk pergi makan malam. Itu pun mula-mula anak tak rasa lapar sebab tengah seronok kan.
Berdekatan dengan Skytropolis Theme Park memang ada pelbagai kedai makanan. Memang banyak pilihan. Dan paling best kebanyakkannya adalah kedai Halal. Jadi ia tidak menjadi masalah bagi kami sekeluarga untuk makan malam.
Makan malam pun semua nak cepat-cepat. Anak dah tak sabar nak pergi sambung bermain balik. Walaupun sekejap sahaja kami berada di puncak Genting tapi saya pasti yang anak-anak amat seronok dapat bermain di luar dan kita sama-sama luangkan masa bersama mereka.
Tepat pukul 12 semua permainan di Skytopolis pun tutup. Kedai-kedai makan dan lain-lain juga tutup tepat pukul 12. Sambil beli air panas kami pun amik udara sekejap di luar sebelum bertolak balik ke KL untuk pulang ke rumah.
Anak-anak yang keletihan belum sampai Gohtong semua dah terlelap di dalam kereta. Masa tu pun dah lebih kurang pukul 1 lebih pagi. Kadang-kadang bila buat adhoc nye plan lagi best. Cuba la.
Leave a Reply