Sempena harijadi anak sulong saya, kami sekeluarga biasanya akan keluar makan malam bersama. Kami akan pergi ke kedai yang kami belum pernah pergi lagi untuk mencuba makanannya.
Untuk kali ini kami sekeluarga pergi ke Kafe Tujoh yang terletak di Seksyen 17 Petaling Jaya. Walaupun biasa ke kawasan PJ tetapi tidak pernah sampai ke kawasan kedai di Seksyen 17 ini. Kawasannya ke dalam sedikit dan pasti memerlukan Waze untuk ke sini.
Terdapat juga beberapa kedai lain di sederet kedai ini yang nampak menarik. Saya cadangkan anda telefon untuk buat reservation sebelum ke Kafe Tujoh ini. Boleh katakan pada hari bekerja pun ramai orang.
Kami membuat tempahan meja agak lewat sebenarnya dan bernasib baik masih ada meja untuk kami sekeluarga. Kami tiba lebih kurang jam 8:30pm dan kami terpaksa menunggu giliran untuk meja kami sebab ramai orang.
Sementara menunggu kami pun belek-belek menu yang ada. Nampak menarik. Kek-kek yang ada pun nampak memang memanggil-manggil. Dalam 15 minit meja kami pun sudah sedia dan pelayan telah membawa ke meja kami.
Perut pun agak lapar pada masa itu. Kami terus order makanan sambil tanya kot ada yang mereka boleh recommend. Anak sulong saya seperti biasa akan mencuba burger di setiap kedai yang ada.
Saya pula order Fish & Chip. Isteri saya order steak daging dan anak perempuan saya order spaggeti. Suasana di kedai ini sangat selesa. Ramai yang duduk minum kopi sambil berborak-borak.
Tempat dan suasana kedai memang sangat cozy bagi saya. Mungkin sedikit bising bila ramai berborak kuat dan gelak ketawa. Tapi untuk saya memang saya sangat suka.
Harga makanannya pun standard hipster kafe-kafe di sekitar KL. Untuk kami sekeluarga makan dan minum dalam RM146. Lebih kurang RM36 seorang. Dengan rasa, suasana dan makanan western sangat ok.
Portion makanan pun agak besar. Anak saya siap bawak balik satu mini burger sebab tak larat nak habiskan. Dengan harga dia memang saya tidak boleh complain apa-apa. Berbaloi sangat.
Daging steak dia pun lembut. Masak secukup rasa. Makanan yang saya order fish & chips pun macam tak larat habis. Dan yang penting apabila saya potong fish & chips dia tidak pecah berderai. Ada setengah kedai ikan dia pecah jadi susah nak makan.
Sudah pasti saya akan datang lagi sekali untuk mencuba menu lain pula. Jika ada yang ingin mencuba boleh waze alamat di bawah:
617, Jalan 17/10, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor
No Telefon : 0182711157
Selamat mencuba dan menjamu selera anda.
Leave a Reply