Pernah dengar pepatah “Kalau itu kan indah”?
Ramai yang suka menggunakan perkataan kalau. Perkataan yang boleh membina seseorang dan ia juga boleh memusnahkan seseorang jika banyak sangat kalau.
Bagi seorang jurujual, seringkali perkataan kalau bermain dalam fikiran mereka. Terutama yang baru menceburkan diri dalam bidang jurujual.
Kalau orang tu tidak mahu beli macam mana?
Kalau orang tu marah macam mana?
Kalau orang tu tak nak jumpa macam mana?
Banyak sangat kalau. Kita terlampau memikirkan benda yang akan datang dan kita pun tidak tahu apa yang akan terjadi. Sesuatu yang di luar kawalan kita.
Ini adalah salah satu musuh utama untuk seorang jurujual untuk pergi ke hadapan. Banyak bermain di fikiran sahaja dan akhirnya tidak jadi apa-apa.
Bukankah lagi senang kalau kita buat sahaja? Tidak perlu pun nak pening atau risau fikirkan apa yang akan terjadi. Tidak perlu buat keputusan bagi pihak orang lain. Apa kata kita tukar cara berfikir.
Kalau orang tu beli?
Kalau orang tu suka kita?
Kalau orang tu nak jumpa esok pukul 5pm di KL?
Kan ke lebih membina kita untuk membuat persediaan yang sepatutnya. Kita yang patut kawal cara berfikir. Kata-kata kan satu doa.
Kalau kita nak berkahwin dengan pasangan kita kan ke lebih senang kita tanya terus. Daripada kita fikir kalau dia tidak terima kita macam mana? Kalau macam ni macam mana? Kalau macam tu macam mana?
Jawapan hanya ada pada pasangan anda sahaja dan anda pasti perlu bersediakan dengan sebarang kemungkinan jawapan yang akan diberikan. Jika ya, Alhamdulillah. Jika tidak, hidup masih perlu diteruskan.
Jadi apa kata mulai hari ini kita tukar cara berfikir dan pertuturan kita. Moga kita dapat perbaiki diri kita untuk pergi lebih jauh ke hadapan.
Leave a Reply