Kalau dulu kita dengar jenama DJI memang kita akan terfikir pasal drone. Antara pengeluar drone yang terkenal. Selepas menguasai pasaran drone, DJI luaskan pasaran dengan peralatan gimbal untuk kamera. Dan sekarang Dji mula menggabungkan kamera nya sendiri dengan drone dan gimbal keluarannya..
Bagi yang meminati untuk merakam video percutian, majlis sambutan, perayaan dan aktiviti-aktiviti tetapi tidak suka kamera besar, pening-pening, pergerakan yang stabil, DJI Osmo Pocket adalah jawapan pada solusi di atas. DJI Osmo Pocket berjaya menggabungkan kamera dan gimbal dalam satu dengan cara penggunaan yang sangat mudah.
Di reka untuk penggunaan sebelah tangan sahaja. Capaian mudah dengan skrin sesentuh memudahkan kita untuk menukar mod dan tetapan untuk mengambil video atau gambar mengikut citarasa kita.Ia boleh merakam sehingga resolusi 4K 60fps. Untuk size kamera kecik memang sangat padu. Baterinya juga tahan untuk 140 minit penggambaran.
Sesuai dengan namanya, Osmo Pocket ni memang muat untuk di dalam poket seluar atau boleh letak dalam beg tangan sahaja. Sangat kecil, sangat mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja supaya kita tidak terlepas ‘moment’ yang kita ingin rakam untuk kenangan nanti.
Antara ciri-ciri yang menarik pada Osmo Pocket ni ialah ‘Facetrack’ di dalam selfie mode. Ini kerana bagi yang suka membuat review atau video sendiri, kameranya boleh mengesan pergerakkan muka kita tanpa perlu risau pasal sekeliling. Kamera yang focus kepada muka kita. Lagi satu ciri menarik ialah ‘ActiveTrack’ yang mana kamera ia boleh focus dan akan mengikut objek yang kita telah tetapkan.
Pelbagai aksesori boleh di padankan dengan Osmo Pocket ini untuk dapatkan pengalaman yang lebih menarik. Antaranya bekas kalis air dan sambungan terus ke telefon pintar kita. Terdapat aplikasi DJI yang kita boleh gunakan untuk dapatkan tetapan tambahan dan juga membuat suntingan video dengan pantas menggunakan telefon pintar kita sahaja.
Saya sertakan video di atas untuk anda lihat betapa menariknya DJI Osmo Pocket yang saya ceritakan diatas dan mengapa anda perlu ada satu. Harganya dalam lingkungan RM1400-RM1700 bergantung pada pakej aksesori yang ditawarkan. Lagi-lagi ni dekat dengan raya, memang sangat menarik kalau boleh buat video nanti.
Leave a Reply