Ramai yang tengah risau. Ramai yang tengah panik berkenaan Covid 19. Dengan pengumuman Perdana Menteri yang telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 untuk seluruh Malaysia. Sejak petang semalam semua pasaraya dan kedai runcit habis diserbu oleh pengguna untuk membuat pembelian stok makanan, bahan basah dan juga bahan kering.
Pembelian panik berlaku di merata-rata Lembah Klang. Banyak gambar-gambar di sosial media yang tunjukkan rak-rak di pasaraya licin kosong. Bagi saya bila ramai-ramai dan bersesak di pasaraya pun boleh meningkatkan lagi penularan wabak Covid 19 ini. Anda ada alternatif lain yang mana anda tidak perlu keluar dari rumah untuk membuat pembelian barangan runcit.
Di bawah adalah senarai peruncit dan juga perkhidmatan penghantaran barang-barang (Online Grocery Store) terus ke rumah anda:
KLANG VALLEY GROCERIES
Mygroser – https://www.mygroser.com
Penghantaran hari yang sama.
Waktu operasi – 9 am to 9 pm setiap hari termasuk cuti umum.
Happyfresh – https://www.happyfresh.my
Penghantaran hari yang sama. Pilihan pasaraya dalam kawasan anda.
Waktu operasi – 10 am to 9 pm setiap hari termasuk cuti umum.
Tesco – http://eshop.tesco.com.my
Penghantaran pada hari esoknya. Ada pilihan untuk pick up di cawangan.
Waktu operasi – 10 am to 10 pm setiap hari termasuk cuti umum.
Mydin – https://www.mydin.com.my/online-store/onlinestore
Penghantaran pada hari esoknya. Ada pilihan untuk pick up di cawangan.
Waktu operasi – 10 am to 10 pm setiap hari termasuk cuti umum.
Jaya Grocer – https://www.jayagrocer.com
Penghantaran pada hari esoknya.
Waktu operasi – 10 am to 10 pm setiap hari termasuk cuti umum.
Redtick – https://shop.redtick.com
Penghantaran pada hari esoknya. Lokasi terhad
Waktu operasi – 24 jam
Pantry Express – https://www.pantryexpress.my
Penghantaran 3 hingga 5 hari tidak termasuk cuti umum
Waktu operasi – 8 am to 6 pm setiap hari termasuk cuti umum.
Potboy – https://potboy.com.my
Penghantaran 3 hingga 5 hari tidak termasuk cuti umum
Tiada delivery charges
** Penghantaran hari yang sama bergantung kepada kekosongan slot yang ada.
NATIONWIDE GROCERIES
Redtick Plus – https://plus.redtick.com/
Penghantaran 3 hingga 5 hari tidak termasuk cuti umum
FRESH SEAFOOD
My Seafood Mart – http://myseafoodmart.com/
Waktu Operasi 2pm hingga 8 pm setiap hari kecuali cuti umum. Hanya untuk Lembah Klang sahaja.
Fish Club – https://fishclub.my/
Penghantaran 3 hingga 5 hari.
Johor Bahru – Rabu, Jumaat dan Ahad
Kuala Lumpur dan Pulau Pinang – Khamis
Fish for It – https://www.fishforit.com.my
Penghantaran dalam masa 48 jam dan seluruh Semenanjung Malaysia
Fresh Seafood Malaysia – https://www.freshseafoodmalaysia.com
Penghantaran dari Isnin hingga Jumaat sahaja. Kawasan penghantaran Georgetown, Ipoh, Klang Valley, Negeri Sembilan dan Johor Bahru
My Fishman – https://myfishman.com/
Waktu operasi 11 am hingga 7 pm
Penghantaran Rabu dan Sabtu sahaja.
ORGANIC PRODUCTS
Signature Market – https://www.signaturemarket.co/my/marketplace/
Penghantaran 7 hingga 10 hari.
Everleaf – https://www.everleafstore.com/
Penghantaran 4 hingga 5 hari dan hanya Lembah Klang sahaja.
Organic Express – https://organicexpress.my/
Penghantaran 3 hingga 5 hari bekerja.
Organic4U – https://www.organic4u.com.my
Penghantaran hanya pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
Waktu operasi 10am hingga 6 pm.
Harap dengan senarai di atas ini dapat membantu meredakan keresahan anda semua untuk mendapatkan bekalan barang runcit, bahan basah dan kering untuk keperluan masing-masing semasa situasi wabak Covid 19 ini. Semoga semua tabah dan sihat sentiasa dalam mengharungi situasi ini.
Leave a Reply