Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Mungkin ada yang dah mula boleh biasakan diri duduk dirumah. Tapi kebanyakkan orang dah mula rasa tepu. Tidak dapat keluar rumah. Tidak dapat berjalan. Tidak dapat berjumpa dengan rakan-rakan mahupun saudara mara. Ada yang tidak dapat berjumpa dengan adik beradik dan juga ibu bapa sendiri.
Tapi percayalah dalam kita sama-sama hendak beraktiviti seperti biasa saya dan anda semua perlu patuh kepada PKP sementara ini. Dengan cara ini sahaja kita boleh sama-sama menangani wabak Covid 19 ini daripada ia terus menular kepada lebih ramai orang.
Saya percaya ramai yang tidak sabar untuk habis PKP ini. Hari ini pun dah mula nampak status-status di social media yang ramai dah rindu nak buat pelbagai aktiviti mereka dan juga bersukan atau beriadah. Saya pun sama. Memang dah tak sabar nak habiskan PKP ini. Lagi-lagi saya masih dalam kuarantin sehingga 14 April. Nasib baik tarikh sama dengan habis PKP.
Apabila PKP ini dilaksanakan pada mulanya memang macam-macam perasaan ada. Seminggu yang pertama memang agak susah untuk sesuaikan diri sepanjang hari dekat rumah. Lagi-lagi yang seperti saya sudah biasa keluar bekerja dan sentiasa berjumpa dengan ramai orang. Bila kena duduk diam memang boleh jadi gila.
Selepas 2 minggu lama-lama dah mula dapat sesuaikan diri dengan PKP ini. Sudah mula boleh bekerja dari rumah. Masa dengan anak-anak pun dah mula boleh sesuaikan. Ada pelbagai hikmah juga sebenarnya apabila PKP ini dilaksanakan. Antaranya hubungan keluarga bersama anak-anak lebih akrab berbanding duu.
Dapat luangkan masa bersama mereka. Dapat peluang untuk mengajar mereka dalam pelajaran mereka. Baru dapat tahu apa kelemahan mereka dalam pelajaran. Ada juga yang ambil masa PKP ini untuk perbaiki diri masing-masing. Ada yang sambung belajar secara online. Ada juga yang mula membaca buku.
Gunakan masa PKP ini sebagai reset button untuk kehidupan kita. Ambil masa untuk renung kembali kehidupan kita. Apa yang kita hendak. Apa yang kita mahukan. Apa yang kita hendak perbaiki. Inilah masa terbaik untuk kita buat sesuatu. Sama-sama kita keluar dari PKP ini dengan versi diri yang lebih baik.
Pelbagai aktiviti sebenarnya yang kita boleh lakukan dirumah bersama keluarga kita. Saya juga ada kongsikan beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan sepanjang PKP di rumah masing-masing. Kita sama-sama masih ada 9 hari lagi sebelum habisnya PKP. Dengan harapan ia tidak dilanjutkan.
Sini saya ingin berkongsi dengan anda semua kempen yang kami juga turut serta dalam usaha untuk putuskan rangkaian wabak Covid 19 ini. Ini sebahagian usaha saya dengan kawan-kawan saya untuk tingkatkan kesedaran kempen #Stayathome.
Jom sama-sama pastikan kita ikut arahan dan kempen #Stayathome. Saya pasti anda dan ramai lagi sudah rindukan untuk keluar seperti biasa. Untuk berjumpa dengan kawan-kawan dan sebagainya. Saya pun sama. Rindu lepak kedai mamak sambil berborak dengan kawan-kawan. Stay safe semua.
Leave a Reply