Nama diberi Mohd Azhar bin Mohd Rosli. Lebih dikenali dengan panggilan Azhar dikalangan rakan-rakan.
Berasal dari Kuala Lumpur dan berumur 39 tahun. Sudah pun berumahtangga dan mempunyai 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Mula bertugas sepenuh masa di Coway (M) Sdn Bhd semenjak September 2015 sehingga kini. Bermula sebagai agen dan sekarang berstatus Pengurus yang menguruskan pasukan jualan dengan kekuatan 20 agen sepenuh masa dan 60 agen separuh masa.
Latar belakang
Mempunyai pengalaman dalam bidang jualan dan menguruskan pasukan jualan lebih daripada 16 tahun. Salah satu bidang yang penuh dengan liku-liku suka duka sepanjang hidup saya.
Berkelulusan daripada Multimedia Universiti dalam bidang Film & Animation. Perkerjaan pertama saya selepas tamat belajar agak lari sedikit dari apa yang saya belajar iaitu iaitu terjun ke bidang IT fokus kepada wireless networking selama setahun.
Selepas setahun saya terjun ke bidang jualan pelbagai tingkat selama hampir 5 tahun. Disinilah saya banyak belajar tentang jualan, uruskan pasukan dan keusahawanan.
Saya kembali ke alam pekerjaan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya berkerja sebagai Business Development Executive sebelum dinaikkan pangkat ke Business Development Manager khusus untuk Strategic Key Account yang terletak di Petaling Jaya.
Saya telah ditawarkan pada 2013 untuk berkhidmat di sebuah syarikat “Public Listed” untuk mengemudi salah satu produk dan jabatan disitu yang berpengkalan di Cyberjaya.
Keputusan yang berat dan berbelah bahagi dibuat pada 2015 untuk meninggalkan dunia korporat dan kembali ke dunia usahawan sehingga sekarang.
Saya menggunakan blog ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dalam bidang yang saya ceburi dan minat saya dalam beberapa topik yang menjadi kegemaran saya seperti bercuti, filem, teknologi terkini dan fotografi.
Saya berharap ia dapat serba sedikit memberi inspirasi dan informasi kepada pembaca semua.