Baru-baru ni Kenny Hills Bakers buka cawangan mereka di Taman Tun Dr Ismail. Dalam 100 meter je dari pejabat saya pula tu. Memang menarik sangat. Habis la duit macam ni kan. Dah la dia punya pastries sedap-sedap belaka.
Sebelum ni kedai asal mereka di Bukit Tunku (Kenny Hills). Dekat dengan Stadium Hoki Jalan Duta atau sekarang dikenali sebagai Jalan Tuanku Abdul Halim. Bermula dengan kedai kecil sekarang mempunyai 3 cawangan iaitu di Ampang, Desa Parkcity dan TTDI.
Boleh kata setiap masa kedai Kenny Hills Bakers di TTDI ini penuh. Tak kira waktu. Sempat bertanya dengan pelayan di situ katanya kalau hujung minggu lagi ramai. Rasanya cawangan lain pun sama selalu penuh juga.
Macam trend sekarang ramai yang ingin cuba makanan di sini. Dari pejabat saya memang boleh nampak terus kedai ini. Kalau tengahari lagi ramai yang datang sampai ke petang.
Selasa lepas saya dan isteri serta anak perempuan saya pergi sarapan di Kenny Hills Bakers TTDI. Kami sampai lebih kurang 10:30 pagi. Masih ramai lagi orang. Kami tunggu dalam 15 minit juga sebelum waiter di situ panggil nama untuk tempat kami bertiga.
Saya order ‘scrambled egg & cheese toastie’. Isteri pula mencuba ‘the big breakfast’. Anak saya pula hanya order pavlova. Nasib baik tidak order asing. Portion makanan di sini besar rupanya. Satu order boleh makan untuk 2 orang.
Dah sampai sini rugi kalau tidak order dia punya ‘peach strudels’. Dia punya signature pastries. Memang sedap yakmat la cerita dia. Memang rugi kalau share dengan orang lain. Bagi saya memang sedap.
Minggu ni je dah 2 kali pergi beli peach strudels kat Kenny Hills Bakers ni. Maklumlah kedai seberang jalan je kan. Memang bila terasa nak makan terus turun pergi beli je. Janji bawak duit je pergi.
Bagi yang ingin mencuba boleh la waze alamat di bawah:
Kenny Hills Bakers TTDI
The Greens Terrace, Lot G-2,
Jalan Wan Kadir 3,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Masa : 8am – 10pm
Selamat menjamu selera.
Leave a Reply