Makin hari makin kurang kita berjumpa dengan kawan-kawan. Lagi banyak masa kita habiskan di hadapan skrin telefon untuk berborak atau bertanya khabar.
Sebelum adanya telefon kita banyak berjumpa kawan-kawan atau saudara mara di luar atau pun di rumah. Kunjung mengunjung untuk merapatkan silaturrahim.
Bila adanya telefon, perjumpaan sudah mula berkurang. Hanya dengan dial nombor kita sudah boleh berhubung dengan sesiapa yang kita hendak.
Dengan adanya teknologi internet, whatsapp dan pelbagai rangkaian sosial media lagi sangat kurang keluar untuk berjumpa. Ramai yang bergantung pada teknologi untuk mengetahui perkembangan kawan-kawan dan saudara mara.
Ada bagusnya rangkaian sosial media ini kerana ia dapat menghubungkan lebih ramai orang dan ia tanpa sempadan. Kita sentiasa dapat tahu perkembangan terkini walaupun mereka jauh di hujung dunia.
Malangnya ramai yang mengambil mudah dengan adanya teknologi ini. Sudah menjadi fitrah manusia untuk berjumpa dan berkawan. Manusia perlukan sentuhan.
Sama juga dalam kita rancak berniaga. Sesekali perlu juga untuk kita bertemu dengan bakal pelanggan. Sesekali juga kita perlu bertemu dengan pekerja kita. Percaya lah kesannya jauh berbeza.
Mereka akan lebih menghargai masa yang anda luangkan untuk mereka. Mereka akan rasa diri mereka penting dalam hidup anda. Tidak perlu percaya sekarang. Buat dulu dan nanti kongsikan di sini boleh?
Leave a Reply