Bulan puasa dan kurma memang tidak boleh dipisahkan sepanjang bulan Ramadhan. Ramai yang akan mencari sebelum bermula puasa lagi. Para peniaga pun akan rancak membuka gerai sepanjang bulan Ramadhan. Terdapat pelbagai jenis buah kurma di dalam pasaran. Antara yang paling digemari ialah kurma Ajwa.
Harga buah kurma pun berbeza-beza bergantung pada jenis, saiz dan berat. Ramai yang makan buah kurma semasa berbuka sahaja. Sebenarnya masa bersahur pun digalakkan juga untuk memakan buah kurma. Tetapi berapa biji buah kurma yang kita patut makan.
Ramai yang makan buah kurma mengikut bilangan ganjil iaitu 1, 3, 5 atau 7 biji kerana mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi ramai yang tidak mengetahui kenapa. Ramai juga yang makan mengikut rasa hati sendiri tanpa mengetahui sebab.
Mengikut kajian yang telah dijalankan sebelum ini, memakan kurma dengan bilangan genap 2, 4, 6 atau 8 biji kurma akan menghasilkan gula dalam darah dan potassium tanpa memberi tenaga.
Uniknya, apabila kita makan dalam jumlah ganjil tubuh badan kita akan mengubahnya menjadi karbohidrat sehingga ia memberi tenaga pada tubuh kita dan juga tingkatkan stamina tubuh badan kita setelah seharian berpuasa.
Bagi yang sebelum ni makan dengan jumlah genap, cuba anda makan dengan jumlah ganjil lepas ini dan lihat perbezaan dia. Selamat berpuasa dan selamat mencuba.
Leave a Reply