Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Selama ini saya tengok pada gambar-gambar di Instagram mencari dekat mana pemandangan KLCC yang menarik ni. Siap ada pool dan boleh menikmati makan malam. Akhirnya terjawab juga.
Semalam sempena menyambut ulang tahun perkahwinan, saya telah membawa isteri ke Wet Deck di W Hotel untuk makan malam. Ceritanya dah booking di kawasan open. Malangnya semalam hujan lebat dari petang.
Waktu kami sampai pun masih lagi hujan. Jadi kami pilih meja paling hampir dengan kawasan open sebab tidak ada kena tempias waktu itu. Pilih meja yang betul menghadap KLCC. Sebab nak view kan.
Nak keluar bergambar pun tak boleh waktu ni. Agak hampa dan mengharap sangat hujan berhenti. Kami tiba lebih kurang dalam 8:45 malam. Jalan jem merata sebab hujan. Parking terus di parking hotel. Agak lengang dan senang untuk dapatkan parking.
Wet Deck ini terletak di tingkat 12 W Hotel. Pelayan-pelayan di sini sangat ramah membuatkan kami rasa selesa dan dialu-alukan kedatangan kami ke sini. Mereka terus bawa kami ke meja dan berikan menu kepada kami.
Saya memilih spring chicken manakala isteri saya memilih crispy salmon untuk menu makan malam kami. Sambil menunggu makan malam mereka menghidangkan roti. Saya lupa nama dia tapi memang sedap makan dengan sos dia.
Di Wet Deck ini ada 2 bahagian, 1 bahagian untuk makan malam manakala sebelah lagi bahagian bar. Anda juga boleh menikmati muzik di kawasan bar setelah anda selesai makan malam anda.
Anda boleh minta untuk pindah meja dan juga order deserts di bahagian bar. Rasa sangat relax di kawasan sini sambil dengar muzik dan juga pemandangan Kuala Lumpur.
Elok sahaja selesai makan deserts hujan pun berhenti. Jadi ada la peluang untuk bergambar di bahagian luar Wet Deck ini. Pemandangan malam pun sangat cerah malam semalam. Lewat sikit dah mula berkabus.
Secara keseluruhan pengalaman makan malam di Wet Deck ini sangat memuaskan. Dengan pemandangan dan juga makanan yang just nice bagi saya. Portion dia pun dia terlampau banyak.
Bagi yang ingin mencuba makan malam di sini saya cadangkan anda untuk membuat tempahan dulu. Anda boleh telefon 03-2786 8888 untuk membuat tempahan. Saya juga recommend seorang pelayan ini nama dia Shah. Sangat membantu dan pandai untuk ambil gambar.
Hi. Wet deck dgn flock lain-lain ke?
Maksud flock lain tu camne ye?