Dalam entri saya sebelum ni saya ada membuat tempahan bilik di Mangala Resort & Spa. Sebelum ini tengok gambar sahaja. Tapi nak juga merasa dan tengok sendiri.
Memang sangat seronok kami sekeluarga sepanjang kami tinggal di sana. Kami menempah untuk 3 hari 2 malam di sana. Kononnya sibuk nak keluar jalan ke Kuantan. Cari aktiviti lain. Tapi dah sampai sana semua jadi lain.
Mangala Resort & Spa terletak di Gambang, Pahang. Lebih kurang 30 minit dari Kuantan atau lebih kurang 2.5 jam dari Kuala Lumpur. Sangat berdekatan dengan exit tol Gambang.
Didirikan dengan kawasan yang penuh dengan kehijauan. Atau lebih tepat “wetland”. Memang rasa sangat tenang bila sampai dekat Mangala Resort & Spa ini. Tidak kurang juga dengan beberapa anugerah yang dimenangi oleh Mangala Resort & Spa ini.
Kami menempah bilik jenis Amani Villa yang ada private pool. Mereka menawarkan 9 jenis bilik sebenarnya. Antaranya ialah seperti di bawah:
Sara Cottage – 4 unit
Jala Villa (Water Villa) – 10 unit
Jala 2 Bedroom Family Villa – 1 unit
Vanna Villa (Forest Villa) – 11 unit
Vanna Villa (Forest Pool Villa) – 4 unit
Vanna 2 Bedroom Family Villa – 1 unit
Amani Villa (Orchard Pool Villa) – 30 unit
Amani 2 Bedroom Family Villa – 4 unit
Bungalow 6 Bedroom – 1 unit
Kami memilih yang ada private pool sebab dah tahu yang anak-anak ni suka mandi pool. Jadi senang bagi kami. Bila-bila nak mandi pool pun boleh. Memang pagi petang dia orang terjun pool.
Baru check in dan masuk bilik sahaja dia orang dah tak sabar nak masuk pool. Memang letak beg je dia orang dah nak tukar baju dan terjun. Tak sampai 5 minit pun.
Bilik Amani Villa ini memang sesuai untuk keluarga yang mempunyai 2 orang anak. Cukup selesa bagi kami 4 orang. Anda juga boleh tambah katil dengan harga RM120 untuk satu malam.
Dengan King size bed kami berempat cukup selesa untuk tidur. Ada ruang tempat duduk untuk tonton tv juga dan juga ada deck untuk bersantai di tepi pool sambil tengok anak-anak mandi.
Bilik air juga sangat luas. Sepanjang dari depan bilik sampai ke pool luasnya. Bilik air dilengkapi dengan bathtub, rain shower dan juga shower biasa.
Ciri bilik Amani Villa di bina dengan open concept. Bilik airnya kiri kanan ada sliding door yang ada ruang taman kecil. Anda boleh buka sliding door untuk menikmati udara segar sambil mandi.
Private pool di luar pun di kelilingi dengan banyak pokok-pokok untuk menghalang dari orang luar nampak kita mandi dekat private pool unit kita. Memang privacy habis.
Nak tambah lagi menarik, semua minuman dan snacks dalam peti ais adalah percuma. Complimentary hotel Mangala. Dah habis nanti dia orang tambah lagi. Memang seronok kami minum dan makan.
Secara keseluruhan memang kami sangat seronok sepanjang tempoh kami berada di Mangala Resort & Spa. Anak-anak pun sangat enjoy di sana. Tambahan dengan aktiviti yang disediakan oleh pihak Hotel.
Saya akan kongsikan aktiviti yang disediakan oleh pihak Mangala dalam entri yang akan datang. Memang menarik.
[…] sumber gambar: sembangkuat.com […]