Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semenjak PKP ini, soalan ini adalah soalan paling popular setiap hari. Kaum-kaum isteri pening nak masak apa setiap hari untuk makan tengahari dan makan malam. Tanya kaum lelaki memang dia orang biasanya tak kisah. Makan je apa yang isteri masak.
Pada awal-awal minggu pertama dan minggu kedua masih semangat lagi nak masak. Macam-macam idea ada nak masak untuk keluarga. Lepas dah masuk lebih 30 hari dah mula pening. Nak juga cuba masakan lain-lain. Naik jemu juga kalau makan sama sahaja setiap hari.
Nak fikirkan tidak lama lagi nak masuk bulan puasa, ramai isteri-isteri lagi pening nak fikirkan nak masak apa untuk sahur dan berbuka. Biasanya bulan puasa ada pasar Ramadhan. Macam-macam juadah ada jual dekat situ. Kuih-muih pun macam-macam.
Tunjuk itu. Bayar. Tunjuk ini bayar. Selesai sudah makanan untuk berbuka puasa nanti. Air pun pelbagai jenis ada. Pilih je. Ikut tekak nak minum apa untuk berbuka nanti. Tapi pada masa PKP ini semua pun berubah sekelip mata.
Dalam pada itu, saya sangat memuji usaha para isteri-isteri untuk mencuba masakan atau resipi baru setiap hari. Ramai yang dapatkan resipi secara online daripada YouTube, laman web dan pelbagai lagi platform social media.
Ada yang jadi sekali cuba. Ada yang sedap. Alhamdulillah dan tahniah. Seronok satu keluarga makan. Ada yang dapat pujian suami. Ada yang anak-anak suka makanan ibu mereka masak. Malah ada yang bertambah-tambah dan minta masak lagi esoknya.
Dalam banyak-banyak yang mencuba ada juga yang tidak jadi masakan yang diidamkan. Hari ni saya jumpa satu group di Facebook yang mereka kongsikan masakan mereka tidak menjadi. Nama group ini ialah Masak Apa Tak Jadi Hari Ini?
Berdekah-dekah saya dan isteri saya bila tengok posting dalam group ini. Memang semua happy-happy sahaja dan berkongsi pengalaman masing-masing memasak di dalam waktu PKP ini. Anda boleh join group ini dan lihat sendiri.
Semenjak masuk PKP, inilah hari paling ceria dan paling banyak gelak. Bukan semata-mata untuk gelakkan yang berkongsi. Saya lihat dari sudut berbeza. Para isteri atau yang memasak sehabis baik usaha untuk pelbagaikan masakan mereka.
Saya ingin ucapkan tahniah dan sangat kagum bagi mereka yang berani cuba sesuatu yang baru. Dalam pada masa yang sama kita sama-sama happy dalam group itu untuk berkongsi pengalaman masing-masing. Part caption sesetengah posting tu memang tak leh tahan nak gelak.
Sama-sama kita duduk di rumah untuk putuskan rangkaian wabak Covid19 ini. Saya pasti dengan kadar jangkitan baru yang semakin menurun ini, PKP akan ditamatkan lebih awal. Kita jaga kita. Teruskan usaha anda yang berani cuba masakan baru untuk keluarga tercinta.
Leave a Reply