Rata-rata ramai rakyat Malaysia tidak menggunakan car seat untuk anak-anak mereka. Mungkin ada beberapa faktor yang membuatkan ramai tidak menggunakannya. Antaranya faktor harga, anak tidak selesa, anak meragam dan macam-macam lagi.
Di negara barat, carseat untuk kanak-kanak dan bayi adalah wajib. Boleh disaman jika tidak menggunakannya. Malah ramai akan memerhatikan dan juga menegur jika tidak menggunakan carseat.
Hari ni saya nak berkongsi beberapa cara yang mana mungkin dapat membantu anda duduk dalam car seat sepanjang perjalanan dalam kenderaan anda. Kedua-dua anak saya memang menggunakan car seat sehingga umur 6 tahun. Seorang masih lagi menggunakan car seat walaupun sudah berumur 5 tahun. Dia akan masuk ke car seat tanpa perlu disuruh atau dipaksa.
Latih dari bayi
Saya dan isteri masing-masing bekerja dan kami menggunakan kereta yang berasingan untuk ke tempat kerja. Jadi adalah mustahil untuk memegang anak sambil memandu. Kami tiada pilihan kecuali menggunakan car seat.
Kami menggunakan car seat untuk anak-anak sejak bayi lagi. Pada mulanya kekadang anak menangis, meragam dan macam-macam lagi. Tapi lama kelamaan anak makin faham yang mereka perlu duduk dalam carseat. Anda boleh cuba jarak yang dekat dahulu sebelum jarak yang lebih jauh.
Jangan memangku
Jangan sesekali biasakan memangku anak di dalam kereta walaupun ada orang lain naik sekali. Memang kami akan pastikan anak kami akan duduk di dalam carseat.
Anda boleh letak anak di sebelah pemandu bagi memastikan anda boleh berinteraksi atau biar anak anda dapat melihat anda. Ini dapat mengurangkan kerisauan anak anda. Dia tidak berasa bersendirian.
Permainan
Anda juga boleh sediakan beberapa permainan kanak-kanak supaya anak anda tidak bosan sepanjang perjalanan dalam kenderaan. Anda boleh menukar permainan lain supaya anak anda tidak berasa bosan.
Mungkin anda boleh sediakan permainan yang boleh mengeluarkan bunyi atau berwarna warni. Ini dapat menarik perhatian anak anda.
Kelebihan
Selain dari menjaga keselamatan anak anda jika berlaku sebarang kemalangan, anda juga tidak perlu risau jika anak anda dari terjatuh semasa bermain dalam kenderaan.
Anda juga dapat pergi ke mana-mana dengan anak anda tanpa perlu membawa orang lain bersama anda untuk memegang anak anda dalam kereta. Tidak perlu menyusahkan atau menunggu sesiapa. Anda bebas untuk pergi ke mana-mana bersama anak anda berduan.
Harap perkongsian diatas dapat membantu anda untuk melatih anak anda duduk di dalam car seat.
tq untuk tips. Memang senang kalau duk dalam carseat.
meso recently posted…Waktu kerja fleksible