Semasa isteri saya mengandung anak pertama, tetiba mengidam nak makan ikan singgang. Isteri nak yang spesifik nak makan lauk ikan singgang dekat dengan kawasan Chow Kit. Tak nak yang lain orang masak. Tak nak kat kedai lain.
Mengidam punya pasal, start kereta pergi la cari. Yang best nya isteri saya pun tak ingat sangat kedai yang mana. Dia kata kat belakang Chow Kit je. Memang berpusing la cerita dia malam tu. Dekat 10 tahun tak pergi katanya.
Pusing punya pusing jumpa la juga deretan kedai tu. Nak jadi cerita deretan kedai tu baru dirobohkan. Punya la hampa isteri saya. Saya pun cuba la pujuk kita pusing kat sebelah sana. Tengok mana tahu ada kedai lain ke kan.
Saya pun pusing blok kedai kawasan situ ke sebelah hujung lagi satu tengok ada deretan gerai baru. Rupanya gerai-gerai baru dipindahkan ke kawasan lain. Punya la bersinar muka isteri saya.
Terus tidak sabar nak turun dan cari kedai yang dia nak sangat makan. Jalan punya jalan memang betul gerai tu baru pindah ke kawasan baru dan terus dia order lauk ikan singgang tu. Betul punya makan malam tu.
Selain lauk ikan singgang, ada juga pelbagai lauk dan menu lain di situ. Memang sedap-sedap belaka. Nak lagi best sebab ada budu dan keropok.
Sampai ke hari ni kami sekeluarga masih pergi ke sana jika teringin makan ikan singgang. Memang sedap sangat. Nama kedai dia ialah “Selera Ramai 1 Ikan Singgang”. Ada banyak kedai lain yang menjual ikan singgang. Tapi yang kat kedai ni yang paling sedap.
Dia terletak di belakang Jalan Tunku Abdul Rahman. Betul-betul belakang Quill City Mall. Atau anda boleh waze lokasi seperti di bawah:
19 Medan Selera, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Selamat menjamu selera.
Leave a Reply