Walaupun duduk di KL sejak lahir, ini baru merupakan kali kedua menjejak kaki ke Menara Kuala Lumpur. Selama ni tengok dari jauh sahaja. Belum tergerak untuk ke sana. Tapi semalam demi meraikan pencapaian dan menunaikan janji kepada teman seperjuangan, kami pun pergi. Ada yang tidak pernah jejak ke KL Tower pun ada.
Habis bergambar sakan dia orang lepas habis makan tengahari dekat restoran berputar di atas Menara Kuala Lumpur. Masa makan memang betul-betul makan. Dah tidak terkira berapa kali ulang alik amik makanan. Rasa-rasa setiap sorang tidak kurang dari 3 kali ambil makanan.
Memang kami memilih Restoran berputar di Menara Kuala Lumpur untuk menghargai pencapai mereka. Bagi mereka merasa layanan istimewa di atas sana bersama dengan pemandangan indah Kuala Lumpur. Restoran ini akan berputar sepanjang tempoh semasa sesi makan. Restoran ini akan berhenti berputar apabila tempoh sesi makan tamat.
Makan Tengahari
Setiap sesi anda ada 1 jam 30 minit untuk menikmati makanan dan pemandangan. Bagi yang ingin menikmati buffet makan tengahari di Menara Kuala Lumpur, anda boleh memilih 2 waktu yang berbeza iaitu:
Sesi 1 : 11:30am – 1:00pm
Sesi 2 : 1:30pm – 3:00pm
Dinasihatkan anda untuk tiba lebih awal kerana anda perlu mencari tempat letak kereta dan juga beratur untuk menaiki lif. Lif yang sama juga akan digunakan bagi pelawat-pelawat lain yang ingin pergi ke ‘Observation Deck’ Menara Kuala Lumpur.
Anda boleh hubungi no telefon 03 2020 2121 atau boleh layari http://atmosphere360.com.my/index.php untuk membuat tempahan sebelum anda ke Menara Kuala Lumpur kerana tempat duduk di restoran tersebut adalah terhad.
Selain dari buffet makan tengahari, anda juga boleh memilih untuk minum petang, hi-tea atau makan malam. Harga nye juga berbeza. Bagi buffet makan tengahari untuk seorang dewasa ialah RM128 seorang. Selamat menikmati makan tengahari.
Leave a Reply