Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Jika anda berada sekitar Bukit Damansara dan mencari kafe atau restoran untuk minum pagi atau petang anda boleh ke Restoran Huckleberry di Plaza Damansara. Ia menyediakan pelbagai jenis kek, roti dan juga makanan barat.
Waktu puncak di restoran ini adalah pada hujung minggu sebelah pagi dan petang. Kadang-kadang anda perlu menunggu untuk mendapatkan tempat duduk. Ia sangat sesuai untuk duduk santai bersama rakan-rakan atau keluarga.
Saya sudah beberapa kali ke restoran ini sebenarnya. Yang saya paling minat ialah dia punya pencuci mulut terutama kek. Ada 2 kek yang saya minat di sini iaitu Burn Cheesecake dan Red Velvet.
Kalau datang ke sini memang akan order 2 kek ni. Biasanya akan datang bertiga atau berempat. Kek dia pun besar dan memang mengenyangkan. Kalau minum petang tu sampai ke malam kenyang dia kalau makan seorang.
Selain itu menu seperti pasta, pizza, burger dan pelbagai lagi disediakan untuk makan tengahari dan malam. Portion hidangan makanannya juga boleh tahan juga banyak sebenarnya. Kadang-kadang memang boleh kongsi 2 orang.
Bagi saya harganya sedikit tinggi tapi portion hidangan dia besar. Makanan yang dihidangkan juga cukup rasa. Kek pun tidak terlalu manis atau terlampau creamy. Memang just nice orang kata.
Saya bukanlah penggemar kopi tapi kawan-kawan yang suka kopi katakan kopi disini pun boleh tahan sedap. Mungkin anda boleh cuba dan kongsikan di ruang komen di bawah.
Kalau penggemar desserts memang anda patut cuba Restoran Huckleberry ini. Saya pasti anda tidak akan hampa dengan pilihan yang ada. Silap-silap boleh rambang mata. Tidak tahu nak pilih mana satu. Nampak semua sedap.
Bagi yang hendak mencuba bolehlah waze alamat di bawah:
Huckleberry Food & Fare,
2G & 4G, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.
Saya pasti anda akan berpuas hati dengan pilihan yang ada. Selamat menikmati minum petang anda.
Leave a Reply