Model A.I.D.A? Siapakah AIDA ni?
Mesti ramai yang tertanyakan siapakah AIDA ni. Model atau konsep AIDA ini banyak digunakan dalam teknik untuk membuat jualan. Mungkin ada yang pernah dengar mungkin ada yang belum pernah dengar pun selama ini walaupun sudah lama berkecimpung dalam bidang jurujual. Mungkin ada yang dah menggunakan konsep AIDA ini tanpa sedar.
Jadi apakah konsep AIDA ni. AIDA adalah singkatan dalam bahasa Inggeris bermaksud:
A : Attention (Perhatian)
I : Interest (Minat)
D : Desire (Keinginan)
A : Action (Tindakan)
Attention (Perhatian)
Langkah pertama dalam membuat jualan adalah untuk menarik minat atau perhatian bakal pelanggan anda. Ada pelbagai cara untuk tarik perhatian bakal pelanggan anda. Ada yang menggunakan medium iklan. Ada yang menggunakan promo hari terakhir. Promo jualan terhebat. Apa sahaja cara untuk menarik perhatian bakal pelanggan anda untuk berhenti dengar apa yang anda nak tawarkan.
Interest (Minat)
Pada langkah yang kedua, anda kena menarik minat bakal pelanggan anda. Tarik minat bakal pelanggan anda dengan keunikan produk yang anda jual. Perkenalkan kepada bakal pelanggan anda USP (Unique Selling Point) produk anda. Anda juga boleh cerita kelebihan produk atau servis yang anda boleh tawarkan kepada bakal pelanggan anda.
Desire (Keinginan)
Selepas anda dapatkan perhatian dan minat bakal pelanggan anda, terus naikkan ‘nafsu’ keinginan bakal pelanggan anda. Macam saya suka gunakan perkataan ‘bayangkan kalau tuan/puan pakai produk ni di rumah…’. Bakal pelanggan dapat membayangkan kalau mereka pakai produk ini apa yang dia akan dapat. Bagi bakal pelanggan anda rasa. Bagi bakal pelanggan anda pegang. Dengan cara ini anda lebih senang untuk menaikkan keinginan bakal pelanggan anda.
Action (Tindakan)
Langkah terakhir adalah untuk kita dapatkan tindakan dari customer. Tindakan yang membuatkan anda berjaya ‘close’ bakal pelanggan anda. Anda perlu ‘guide’ bakal pelanggan untuk apa tindakan yang anda perlu mereka lakukan. Apa yang diperlukan untuk proses order bakal pelanggan anda.
Harap perkongsian saya di atas dapat membantu anda semua untuk dapatkan ‘sales’ anda secepat mungkin. Selamat mencuba.
Leave a Reply