Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semenjak wabak Covid19 melanda Malaysia ramai yang terjejas atau pun hilang punca pendapatan mereka terutama yang gaji harian. Ini merupakan satu cabaran yang sangat besar bagi penduduk Malaysia.
Ramai yang tidak dapat keluar untuk mencari punca rezeki untuk menampung keperluan asas keluarga. Ini belum ambil kira untuk membayar balik pinjaman bank lagi. Bahan asas pun ada yang sudah naik harga akibat bekalan berkurangan.
Kebanyakkan bank pun sedang menawarkan moratorium sehingga 6 bulan atau lebih senang faham penangguhan bayaran pinjaman sehingga 6 bulan. Ada juga bank yang menawarkan penstrukturan semula pinjaman untuk membantu bagi mereka yang terkesan dengan wabak Covid19 ini.
Persoalannya sekarang adalah adakah perlu ambil atau tidak? Ramai yang pada mulanya berpusu-pusu untuk ambil peluang tawaran bank untuk menangguh bayaran pinjaman mereka apabila ia diumumkan. Pada masa ini, BNM telah pun mengarahkan semua bank untuk berikan moratorium.
Ramai yang kata mereka perlukan. Saya sendiri pun rasa saya perlukan kerana belum tahu berapa teruknya impak pada ekonomi Malaysia dalam 2 hingga 6 bulan akan datang. Sudah pasti banyak sektor lain pun akan alami benda sama dan juga tempoh pemulihan ekonomi secara keseluruhannya.
Berbalik kepada diri sendiri sebenarnya. Kita sendiri tahu keadaan ekonomi kita masing-masing. Mungkin ada setengah dari kita mempunyai simpanan yang mencukupi dan mampu untuk bertahan 6 hingga 12 bulan walaupun tanpa sebarang pendapatan. Tahniah bagi mereka yang berjaya mempersiapkan diri dan keluarga mereka.
Namun tidak semua yang mempunyai kapasiti, pengetahuan atau bernasib baik dalam menguruskan kewangan mereka. Tetapi ini tidak mengiakan untuk terus mengambil moratorium yang ditawarkan. Anda boleh buat kira-kira terlebih dahulu. Pastikan anda mampu untuk tampung 6 hingga 12 bulan perbelanjaan dan komitmen anda.
Untuk pinjaman rumah dan kereta (hire purchase) memang saya sarankan anda untuk mengambil moratorium ini. Anda tidak rugi pun sebenarnya. Pihak bank yang sebenarnya tanggung. Untuk pinjaman rumah akan ada tambahan sedikit tapi anda masih untung. Kebanyakkan bank menawarkan ia secara automatik kecuali anda tidak berminat.
Bagi pinjaman kad kredit pula jika anda kurang kemampuan memang disarakan untuk menukar kepada installment 36 bulan. Anda ada pilihan. Secara kesimpulannya, mana yang anda boleh kurangkan bayaran balik anda ambil sahaja buat masa ini kerana rekod CCRIS anda tidak akan ada sebarang remarks pasal penangguhan bayaran atau moratorium ini.
Buat masa ini anda simpan cash sebanyak yang mungkin kerana kita belum tahu berapa lama lagi RMO ini akan berlanjutan. Simpan cash untuk apa-apa emergency dan makanan serta keperluan keluarga anda. Kalau ada kad kredit pun boleh simpan kecuali ada kecemasan. Cari dan tambah pendapatan selagi boleh. Sama-sama kita kuatkan semangat untuk harungi waktu sangat kritikal ini.
Leave a Reply