Jika anda berada di sekitar Johor Bahru dan juga peminat murtabak, anda patut mencuba Murtabak Azo96 di Kampung Melayu Majidee. Ini pertama kali saya mencubanya. Memang sangat sedap. Semasa di sana kami order murtabak cheese daging dan murtabak ayam.
Kami tiba di kedai dalam sekitar jam 10 malam. Kami yang terakhir order malam tu. Kebanyakkan murtabak yang lain sudah pun habis. Sebaik kami sampai pelayan pun dengan cepat ambil order kami dan tidak perlu tunggu lama.
Walaupun kami sebenarnya sudah kenyang sebab sebelum itu kami baru makan satay di sebuah kedai yang berdekatan, namun dengan pantas murtabak yang dihidangkan hampir licin. Terpaksa simpan sedikit untuk adik saya yang tidak ikut kami pada malam itu. Kami bungkuskan sedikit. Nak order baru dah habis.
Murtabak cheese daging dia memang cheess leleh la. Cheese dia memang secukup rasa. Tidak kedekut. Daging dia pun lembut. Disulam dengan kuah ala dhal kari. Memang layan. Saiz murtabak pun agak besar. Cukup untuk 5-6 orang makan. Garing pun ye.
Murtabak ayam pun tidak kurang sedap juga. Mungkin sebab saya peminat cheese dan daging. Saya lebih ke murtabak cheese daging. Jika ada yang ingin mencuba Murtabak Azo96 gunakan alamat di bawah untuk waze:
19 A, Jalan Masjid, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu berniaga ialah setiap hari dari 8 pagi hingga 11 malam. Tapi saya cadangkan pergi lebih awal kerana jika tidak bernasib baik nanti murtabak habis. Tidak dapat merasa semua.
Leave a Reply