Nasi Ambeng yang berasal dari Indonesia sangat terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Jika di Malaysia, negeri Selangor dan Johor sangat popular dengan Nasi Ambeng kerana komuniti masyarakat Jawa Melayu ramai di negeri-negeri ini.
Nasi Ambeng adalah campuran nasi putih bersama dengan ayam goreng atau ayam kicap, tempe goreng suhun, bergedel, rempeyek, rendang, sambal goreng, telur rebus, serunding kelapa, sayur campur dan mee goreng. Ada juga kekadang tambahan lauk lain.
Kalau pada bulan Ramadhan ini, pada yang mencari Nasi Ambeng boleh datang ke Bazaar Ramadhan Kelana Jaya. Antara gerai yang sentiasa kena beratur. Anda boleh cari gerai bernama Nasi Ambeng Warisan.
Jika bercadang untuk makan Nasi Ambeng di sini, saya cadangkan untuk datang seawal jam 4-4:30 petang kerana barisan untuk beratur akan mula panjang menjelang jam 5 petang. Ada kemungkinan habis awal.
Ayam gorengnya memang di goreng panas-panas di gerai bazaar Ramadhan. Jadi anda akan dapat ayam goreng yang segar dan baru di goreng. Harga bagi satu untuk yang biasa ialah RM10.
Setiap tahun bazaar Ramadhan di sini, memang gerai Nasi Ambeng Warisan ini menjadi tumpuan ramai orang. Belum pernah lagi ia mengecewakan dengan masakan dan rempah-rempahnya.
Leave a Reply