Pada yang pernah ke Ipoh atau asal dari Ipoh pasti pernah dengar pasal Nasi Ganja. Nasi Ganja ni memang sangat terkenal dekat Ipoh. Malah ada yang datang jauh dari luar Ipoh ke sana semata-mata untuk makan Nasi Ganja ini.
Nasi Ganja ni adalah nama jolokan sahaja. Nama sebenarnya ialah Nasi Kandar Ayam Merah. Setiap kali ke kedai sana memang tidak pernah kosong. Memang sentiasa kena beratur. Yang bezakan hanya pendek atau panjang sahaja.
Saya dapat tahu mengenai Nasi Ganja ini lebih kurang dalam tahun 2010. Dan setiap kali kalau ada kerja atau singgah di Ipoh pasti akan ke kedai ini untuk makan Nasi Ganja ini. Memang rasa dia sangat sedap. Kalau tidak takkan la sampai beratur setiap kali pergi.
Lauk Nasi Ganja ni memang sangat simple je. Kalau anda tengok gambar di atas memang ada ayam merah, telur masin dan timun sahaja. Ayam merah dia adalah ‘specialty’ dia. Memang lain macam rasa sedap dia. Campur dengan kuah dan kas-kas dia lagi. Fuhh memang mengancam habis.
Yang saya pelik, Nasi Kandar Ayam Merah ni hanya menumpang sebuah kopitiam sahaja. Walaupun perniagaan makin maju dan makin dikenali, mereka masih menumpang di situ sahaja. Memang ramai yang datang ke kopitiam tersebut hanya untuk makan Nasi Ganja sahaja.
Masa pertama kali saya ke kedai ini pun saya terkejut kena beratur panjang. Lagi-lagi kalau waktu makan tengahari. Memang beratur panjang la. Sampai 2-3 kedai lain la panjang beratur dia. Nampak sanggupkan orang beratur nak makan sebab sedap.
Baru-baru ni saya ada bermalam di Ipoh. Sebelum balik tu kena la pekena Nasi Ganja ni dulukan. Sampai-sampai tengok memang dah beratur panjang. Tapi yang buat best kali ni, ada 2 kedai yang satu deret dengan kedai Nasi Ganja ni anda boleh order air dan bungkus Nasi Ganja tu. Siap dia orang ambil order dan hantar ke kedai lain.
Dah la kat kedai yang sekarang memang penuh. Siap kena buka tepi lorong untuk tampung pelanggan yang semakin ramai. Kedai-kedai sederet pun dapat tempias sebab benarkan bawak bungkus Nasi Ganja ini.
Ada yang juga keliru dengan restoran rangkaian Nasi Vanggey. Dia memang berbeza dengan Nasi Vanggey. Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih dikenali dengan Nasi Ganja memang tidak memiliki mana-mana cawangan lain selain di Ipoh ini sahaja. Siap ada papan notis lagi untuk beritahu pelanggan lain.
Bagi yang ingin mencuba Nasi Ganja anda boleh waze alamat di bawah untuk ke restoran tersebut:
2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Kedai ini buka setiap hari dari pukul 9:30am sehingga 6:00pm. Saya sarankan kalau nak makan tengahari untuk sampai lebih kurang antara 11:30am-12 tengahari. Masa ini tidak terlampau ramai berbanding pukul 1pm nanti. Nanti tak dapat menikmati Nasi Ganja.
Nak lagi best anda boleh makan dekat kedai dulu. Sebelum balik siap-siap bungkus lagi satu. Makan yang bungkus tu nanti bila dah sampai rumah pun lagi feel. Selamat menikmati Nasi Ganja anda.
Leave a Reply